07 May 2010

Tips Malam Pertama





Whoa sejak bila Effie pandai buat entry macam ini?Jangan salahkan Fi yerk..Haha..Err yang dah kahwin itu sila diam-diam..Ini nak bagitahu dekat yang belum berkahwin dan yang untuk mereka yang merancang nak berkahwin..Lets check it out..!


8 Teknik memulakan Malam Pertama

Fi dapat info ini daripada email yang dihantar oleh Maskahwin.Com..Haha walaupun spam tapi berguna juga kan..Okey jom intro...

Malam pertama adalah saat yang paling diidamkan dan dinantikan oleh setiap pasangan yang baru bergelar raja sehari. Namun begitu tidak semua pasangan yang akan menantikan kehadiran malam pertama dengan penuh terbuka, sebaliknya ada yang belum betul-betul bersedia melayani kehendak pasangan masing-masing.

1. Jangan Terburu-buru
Malam pertama adalah memori yang harus diingati oleh pasangan masing-masing sehingga ke akhir hayat, maka haruslah lakukan dengan penuh kesabaran kerana anda perlu ingat anda masih lagi dalam peringkat saling kenal mengenali antara satu sama lain. (Ouh maknanya kalau terburu-bur or gelojoh itu pasangan kita tak suka ek?okay2)
 
2. Tidur Secukupnya
Tidurlah secukupnya 3 hari sebelum malam pertama itu kerana ini membekalkan tenaga yang cukup dan janganlah lakukan kerja-kerja yang berat. (Fi setuju sebab lepas majlis sure korang kena basuh periuk kan..So taknak penat sila tidur puas-puas okey..!)

3. Jaga Kesihatan.
Jagalah kesihatan anda sebulan sebelum hari malam pertama anda. Ambilah vitamin-vitamin dan jagalah pemakanan anda. Vitamin yang cukup akan membuatkan anda ceria dan dapat mengelakkan anda daripada terkena penyakit. Pada siang hari perkahwinan anda janganlah makan banyak nanti malam kalau sakit perut…rugilah. (Haha gila kentang kan dia bagi explanation..)

4. Pastikan Pasangan Anda betul-betul Bersedia.
Pada malam pertama nanti pastikan pasangan anda betul-betul bersedia dan sekiranya pasangan anda tidak dapat melayani kehendak pada malam pertama anda haruslah faham. Sekiranya terlalu mendesak, kegairahan malam pertama tidak akan dinikmati dan dirasai oleh pasangan masing-masing. (cam sama jerk dengan yang nombor satu itu..Maksudnya jangan terburu-buru jugak kan?)

5. Suasana Romantis.
Wujudkan suasana yang romantis di malam pertama. Suami boleh mulakan dengan mengucapkan kata-kata romantis pada pasangannya. Isteri boleh mewujudkan suasana yang romantis dengan boleh mengenakan pakaian yang "daring ". (Haha fi ingat time praktikal dulu ada akak tuh nak kawen suruh fi teman dia cari baju tidur seksi2..Apekah?Kau yang malu kenapa?)

6. Jangan mengambil ubat.
Janganlah mengambil ubat dengan bertujuan untuk meransangkan pasangan masing-masing, lakukanlah dengan kesabaran dan penuh kasih sayang. (Nasib baiklah Fi tak reti telan ubat pil..SO tak akan ambil ubat punyalah..Hahaa)

7. Jaga Kebersihan Diri.
Pastikan mulut dan badan anda tidak berbau. Seeloknya bersihkan diri anda dahulu kemudian pakai wangi-wangian untuk membangkitkan ghairah pasangan. Jangan pula guna wangian yang tidak digemari oleh pasangan anda, kerana ini akan menghilangkan mood untuk bersama. (Kalau dia busuk FI tak nak dekat dengan dia okey)

8. Kurangkan bercakap
Elakkan berbincang hal-hal yang berkaitan dengan kenduri di siang hari dan masalah-masalah yang berlaku sebelumnya. Anda haruslah memberikan fokus dan kurangkan berbual dengan pasangan anda. Sebaiknya gunakan sentuhan,rabaan,ciuman,kucupan dan sebagainya untuk membangkit ghairah pasangan anda. (Nak 'buat' pun nak bebel2 ke hape?apelah...haha)
 

3 comments:

admin said...

Macam menjawab tag jer ni.. siap ada jawapan.. hehe. Sejak bila keluar entry mcam ni fi? hehe

Cik Effie said...

steward: aiyarkkk fi cuma comment..haha..

Legasi Piston Pecah said...

saya pon belum kawin..bagus tips gini kan untuk yang tak taw.