16 April 2010

Tips untuk hilangkan bintik hitam

Salam..Sape dekat sini ada masalah blackhead or bintik hitam yang sangat menggerunkan lagi mentakutkan itu sila angkat jari anda sekarang..!!


Okay memang ramai yang ada blackhead..Tapi still tak tahu macamana nak remove blackheads kan?Okay dekat sini Effie nak bagi tips sikit..Hmm benda ini Effie tahu dah 2 bulan lalu tapi baru sekarang Effie share ngan korang sebab bukan kedekut okeyh..!Tapi sebab nak try sendiri berkesan ke tak resepi itu..


Okay sedikit tentang blackheads *sket jerk sb mls nk tnya pakcik google*..Blackheads atau bintik hitam selalu berada di sekitar T-Zone or dibahagian dahi dan hidung sebab kawasan ini adalah kawasan yang paling berminyak berbanding dengan yang lain kan..Blackheads tak boleh diremove dengan hanya mencuci muka sahaja..!!Ingat itu okey..Jangan korang fikir "oh aku dah cuci muka tadi..Harap2 blackheads itu boleh hhilang" salah okeyh!!


Okay bahan yang korang perlukan dekat sini adalah::
1. Baking Soda
2. Gula Pasir
3. 1 uncang teh hijau
4. Sedikit air panas


Okay mula2 rendam teh hijau itu dengan 3 sudu air panas baru mendidih sebab kiter nak ia jadi sangat pekat..Sementara tunggu ia pekat, korang ambil 1 sudu gula pasir campurkan dengan 1 sudu baking soda..After teh hijau dah pekat, kita tunggu dia sejuk sikit sebab taknak gula tadi hancur dan jadi air kan..Bila dah sejuk, campurkan teh hijau dengan bahan2 tadi..


Lapkan muka anda dengan towel bersih yang direndam air panas..Lepas itu start scrub muka korang dengan bahan campuran tadi..Jangan tekan terlampau kuat sebab nanti kulit korang luka dan pedih..Just buat dengan lemah lembut okeyh..


Bila dah puas mencuci muka itu, bilas dengan air suam..Okey tips lepas ini depends korang nak buat ke tak..After scrub muka, rehatkan muka korang sekejap..Sambil itu masukkan air panas baru mendidih ke dalam 1 besen besar..Jangan besar sangat..Masukkan 2 uncang teh hijau dan perahan lemon..Emm ambil 1/2 biji dari lemon itu dan perah..Okay bila teh dah kembang sikit, ambil tuala tebal, tutup kepala korang dengan posisi muka berada diatas besen air panas itu tadi..


Bagi sesiapa yang ada facial steamer, korang boleh guna steamer sahaja..Cara diatas adalah untuk orang yang tak ada facial steamer..Bila korang steamkan muka korang, jangan terlampau dekat dengan air panas tuh..Jangan paksa diri..Bila dah terlampau panas ke apa, korang angkat muka dan ambil udara kejap then teruskan steam muka..Buat paling kurang dalam 15-20 minit..After that, korang lapkan peluh yang keluar itu dan pergi depan cermin..


Kalau tak ada blackhead remover yang macam besi itu, korang ambil 2 helai kapas..jari korang jangan sentuh muka..Lapikkan dengan kapas dan cuba keluarkan blackheads itu..Memang agak sakit..If korang guna blackheads straps tuh ke apa nama dia pun still sakit and ada orang cakap makin kita guna benda itu blackheads makin banyak keluar..Lepas dah siap proses itu semua,cuci muka dengan air suam dan percikkan air sejuk sikit kat muka biar pori-pori korang tertutup..Bukan tersumbat okeyh..






Pesanan Penaja: Tak semua orang sesuai dengan cara diatas sebab kulit kita semua tidak sama..Ini cara kita dan kalau korang tak sesuai guna cara ini, sila cari alternatif lain..Jangan paksa kulit untuk menerima cara ini sebab nanti ia akan jadi lagi teruk..Sekian terima kasih..









No comments: