28 April 2010

Meh review buah-buahan kegemaran Cik Effie



Salam semua..Hehe memang betul okey..Saya memang hantu buah..Betul okey..Saya yang berselubung dengan kain putih yang pastu terbang tinggi2 sambil makan buah itu..Hoh!Cut the crap!Okay nak tahu buah apa yang jadi kegemaran fi?Jom kita tengok buah apa yang dapat nombor 1 dalam hati Cik Effie..






1.  Pisang/Banana - Fi suka pisang sebab ia banyak sangat khasiat..Antaranya adalah, pisang memang buah nombor satu yang boleh menghindarkan masalah sembelit..Ouh tidak..Fi tak pernah kena okey sebab fi hantu buah..Hantu buah pisang tak boleh kena sembelit..Bagi penghidap darah tinggi, elok memakan buah pisang. Ia mengandungi ‘potassium‘ tinggi yang amat berguna bagi mereka yang melakukan diet rendah garam. Cilium‘ pada pisang berfungsi menjaga keseimbangan air tubuh, kenormalan tekanan darah, fungsi jantung dan kerja otot. Bermakna, bila makan pisang, tekanan darah dan jantung akan dapat diseimbangkan..Faham?Ehehe..Banyak sangat khasiat pisang ini..Antara penawar penyakit melalui pisang adalah darah tinggi, strok, cirit birit, anaemia, kemurungan dan pening kepala..Okey bagi yang pening kepala, anda boleh minum Banana MilkShake yang dicampur dengan madu..








2. Mempelam/Mangga/Pauh - Buah ini juga sangat sedap dan sangat manis..Okey Fi sebenarnya tak kisah ia manis or masam asalkan ia mempelam..Whoa sekarang kat belah utara musim buah ini okey..Memang sangat teruja kalau dapat makan mempelam..Nak tahu khasiat dia?Mangga berkhasiat untuk merawat batuk, demam dan selesema kerana sejuk dan juga berkhasiat untuk limpa kita..






3. Epal Merah/Red Apple - Kalau dapat epal yang rangup lagi manis lagi besar memang sangat puas hati..Nak2 pula bila time lapar..Hadoii nasib baik dah makan nasi masa buat entry ini..Kalau tak memang jadi mangsalah buah-buahan ini..Kenapa ye Fi suka buah epal?Amalan memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.  Kajian menunjukkan, epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik iaitu satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung.




4. Betik/Papaya -  Whoa...Betik memang favourite..Sebab dulu dekat belakang rumah lama ibu banyak tanam betik..Lepas itu ibu kalau betik muda, ibu suka buat jeruk betik..And kalau betik dah masak memang selalu jadi santapan kami sekeluarga...Khasiat betik juga memang banyak..Antaranya adalah kaya dengan Vitamin C dan berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit..Erkk kau memang betul2 ada sembelit ke Effie?Hoii tak okey...!Kebetulan sahaja buah yang fi makan semua boleh kurangkan masalah sembelit..Hehe...




5.  Tomato - Seriously kalau Fi balik JB, ikut ibu pergi pasar borong Pandan, sure ibu akan ambil tomato lebih..Apa taknya..Anak sulung dia ini memang dari kecil ibu cakap suka ratah tomato..Hehe..Betul okeyh..Nak2 yang keras2 lagi..Bukanlah yang hijau tuh..Itu sangat masam..Orang cakap makan tomato lebih sedap kalau letak garam sikit..Erkk kalau letak garam bukan ke khasiat dia hilang?Memang betul fi tak suka letak garam..Kalau boleh biar dia macam itu..Kalau ibu masak dekat dapur guna tomato, kadang2 ibu guna separuh..Toleh tempat lain, tomato lagi separuh itu dah hilang..Haha..Banyak tau khasiat buah tomato ini..Nak tahu?Okey meh Fi bagitahu..Okey buah tomato kaya dengan vitamin A, B, C dan serat galian. Zat ini diperlukan sebagai bahan awet muda *lagi excited Fi nak makan hari2*. Tomato juga kaya dengan asid semula jadi dan merupakan makanan yang paling sesuai untuk menjamin kesihatan perut dan usus. Tomato juga sebahagian daripada makanan diet, dapat mengurangkan risiko kanser terhadap organ-organ tersebut terutama pundi prostat.Tomato adalah bersifat alkali. Satu keperluan dalam imbangan badan akibat kerap pengambilan makanan bersifat berasid. Ia menyebabkan wujud lebihan asid dalam bendalir badan yang mengakibatkan sakit kepala, keletihan, susah tidur, sakit sendi, susah hadam, sakit-sakit otot dan pelbagai.



Whoa okay Effie rasa itu sahaja buah-buahan yang mendapat 5 tempat teratas di dalam hati Effie..Emm seriously Fi memang sangat sukakan buah-buahan..Banyak lagi yang fi suka tapi itu semua dah jatuh nombor 6 ke bawah..Antaranya, durian, Buah lai, Pear, Jambu batu, jambu air, rambutan, duku, langsat dan lain2..Dan hari ini baru sedar yang Fi ini memang betul2 sukakan buah-buahan tempatan..Cheh poyo kau..Weyh buah-buahan tempatan lagi sedap okey!


Banyak kelebihan kalau suka makan buah..Antara yang fi alami adalah, lepas makan mudah nak keluar balik sebab cepat sangat hadam..Hahaha..Lepas itu bila makan buah, perut akan sentiasa kenyang and tak perlu makan nasi banyak2..Lepas itu bila makan buah, fi rasa sihat..ahahaha ini fi tak tahu..

2 comments:

Darkbatman said...

pisang?seksa aie tengok.hehe.. tp buah2 buhan ne bgs untuk diet.. klau yg nk kurus 2 patut amalkan.hehe

e F F i e said...

aie:ehehe tawu takpe..