Salam semua..Okey hari ini Effie nak share sikit cara yang betul untuk exchange link..Korang mesti suka blogwalking and lepas itu ajak kawan-kawan dunia maya ini untuk exchange link kan?Okay dekat bawah ini adalah syarat-syarat untuk exchange link..
Okay banyak sebenarnya cara nak exchange link..Kalau dekat belog Effie ini, ada ruangan "Daily Read" kan?Okay ruang itu untuk Effie letak semua link yang Effie selalu bukak kalau Effie online..Nama-nama dekat Daily Read sila bangga sekejap..Jangan lelama..Jujur Effie cakap, Effie memang suka exchange link tapi once dia nak exchange link, Effie dah letak nama dia dekat link dekat bahagian 'Menu' click dekat "ESCAPES" okay..Dekat situ adalah link2 yang bukan Effie tak buka tapi Effie jarang buka sebabnya bila Effie dah letak link anda semua, some of them boleh pula kan tak nak letak link Effie dekat belog dieorang..Adil ke?
Kalau korang nak exchange link, silalah ikut perkataan "EXCHANGE" itu dengan betul..Maknanya kalau korang letak link dia dekat blog korang, orang itu mesti kena letak juga link dekat blog mereka..Itu barulah exchange..
Pasal follower pula..Ada yang tulis dekat cbox Effie or kat mana-mana sahaja, "Dah follow..Sila follow balik" kan?Ada tak?Jangan tipu boleh?Okey Effie memang akan balas semua blogwalking korang tak kisahlah korang nak letak apa pun dekat ruang chat itu..TAPI Effie hanya akan follow blog yang menarik sahaja..Yelah..Kalau letak entry entah apa-apa lepas itu nak orang follow balik, Effie susah nak terima okeyh..Kalau nak follow, silalah follow dengan ikhlas..Followlah blog orang kalau rasa blog mereka best bukan semata-mata nak tambah follower blog sendiri...
Banyak sebenarnya cara nak suruh orang follow kita..Salah satunya, korang janganlah guna ayat yang separuh-separuh or shortform2 semua ini..Ini kang orang tengah semangat nak baca, ayat pula pendek-pendek..Macamlah kena bayar kan kalau taip panjang-panjang..
Entry pula kena cantik menarik tertarik kau memang best..Janganlah bubuh entry-entry seperti ini "hari ini aku pergi pasar" or "Orang itu cantiklah"...Huh no no no mak tak suka okey..!Terus terang Effie cakap, entry-entry sampah itu sila simpan dalam diari sendiri yang tulis pakai tangan itu okey..Jangan sebab oh hari ini aku tak update entry baru..Tak ada idea so aku tulis pasal aku pergi pasar sajalah...Huh tak wajib okey hari-hari update entry kalau tak ada idea..
Tak semestinya tak update entry setiap hari or setiap jam, follower korang akan bertambah ke apa..Tengok Hanis Zalikha sikit..Dia update entry hari-hari ke?Dia update entry setiap jam ke?Tak kan?Tapi once dia update, korang tengok berapa ramai komen entry dia..Maksudnya kat sini, kalau korang buat entry yang terbaik 2 or 3 hari sekali, orang akan tetap ternanti-nanti bilalah budak ini nak update ke apa kan?Itu sebabnya sila jangan buat entry sampah okey..Orang tak ingin pun nak tunggu entry sampah..Orang nak tunggu entry yang beri informasi, or entry yang menariklah senang kata..
Bila blogwalking, tinggalkanlah link korang kalau rasa nak dibalas balik lawatan korang itu..Ramai sebenarnya yang susah nak tinggalkan link..Tak kisahlah ada blog ke tak ada..At least yang tak ada blog itu sila letak e-mail..Manalah tahu tuan rumah nak hantar e-mail say thanx ke apa kan..
Okey rasanya setakat itu sahaja entry kali ini..Sila baca betul-betul dan jangan buat perkara yang dilarang diatas..Kalau nak exchange link sila buat dengan betul..Salam~
4 comments:
betul tu.. jadi dni nak tinggalkan jejak kat sini sebagai tanda dni berlawatan ke sini.. hehe
hai dini..thanx jengah belog effie..ehehe
Yer la.. dah masukkan pun link kamu dah lama...... Cuba check dekat sini:
http://stewardjohn.blogspot.com/p/friends.html
hehe..jericho..aii dah masukkan link awak kat 2 tempat okeyh..kat daily read satu kat escapes satu..huhuh..
Post a Comment