30 April 2010

Caramel Pudding Cik Effie Style



 *Gambar dari Google*



Bahan-bahan untuk membuat gula hangus:

5 Sudu besar gula pasir

Bahan-bahan untuk buat puding:

5 biji telur (saiz besar)
1 Sudu teh esen vanilla
1 Tin susu cair

Cara-cara hendak buat gula hangus/gula karamel:

Panaskan 1 cawan air dalam periuk, masukkan gula tadi kedalam bekas berasingan dan letakkan bekas yang berisi gula itu keatas periuk yang berisi air yang panas itu *double boiler*

Tak perlu dikacau, tunggu sehingga gula itu cair dan jangan sampai gula tersebut terlampau perang sebab nanti rasa dia pahit dan jangan pula diangkat ketika gula tersebut belum perang maksudnya still pucat lagi sebab nanti tak cantik pula puding karamel anda..

Bila dah agak kekuningan, angkat bekas berisi gula itu dan letakkan di tepi..Kalau still letak atas api nanti gula itu boleh hangus..

Cara-cara untuk membuat puding:

Masukkan susu cair ke dalam mixer..Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul rata..Jangan terlampau lama sebab nanti puding anda jadi tidak cantik kerana berbuih-buih..

Masukkan esen vanilla dan kacau hingga sebati..

Bila gula hangus yang dimasak tadi sudah keras, masukkan adunan puding ke dalam bekas gula tersebut..

Cara yang terbaik untuk memasak puding karamel adalah dengan menggunakan kukus..

Sediakan kukus anda dan jika air sudaj mendidih, letakkan puding anda didalam kukus tersebut dan tutup..

Biar selama lebih kurang 30 minit..Selepas 30 minit, cuba cucukkan pengcungkil gigi yang BELUM DIGUNAKAN kedalam puding itu..Jika anda lihat pencungkil gigi tersebut licin, tiada terlekat dengan puding, itu bermakna puding anda telah siap..

Angkat puding dan sejukkan sebelum dimakan..Dah siap!

4 comments:

Unknown said...

eqa sgt suke puding caramel ni.. :)

Cik Effie said...

Eqa: fi pun suka sangat caramel pudding..whoa sangat sedap..Nak2 bila makan time dia sejuk2 baru kluar peti ais..trylah buat..

.:miss little raindrops:. said...

wah senang jek..
tatau pulak sesenang ni..hehe
boleyh try la after ni..
thnx cik effie ku syg.. :D

Cik Effie said...

reine: hehe entry ini khas untuk kamu yerk cik reine..bak meh resepi cheese cake..huhu..