30 April 2010

Puding Roti Bakar Versi Cik Effie




  *sorry gambar tak terang*



*picture grab from Google *


Bahan-bahannya:

1 biji telur
1 Tin Susu cair
1 Sudu teh Esen Vanilla
1 Sudu teh Serbuk kulit kayu manis
Sedikit gula *depends nak manis letak lebih but normally fi letak 2 sudu sahaja*
Secubit Garam
Beberapa keping roti dicarik-carik


Hiasan:

Kismis, kurma atau buahan kering yang lain

Cara-caranya:

1. Pukul telur, gula dan butter sehingga betul-betul kembang

2. Masukkan susu cair sedikit demi sedikit diikuti dengan esen vanila, serbuk kulit kayu manis dan garam dan pukul rata.

3. Sapukan butter disekeliling loyang pembakar dan masukkan roti yang telah dicarik-carik tadi. Selang selikan dengan bahan hiasan dan pastikan roti yang telah dimasukkan tadi padat.

4. Tuangkan adunan yang telah dipukul itu kedalam loyang. Biar selama 2-3 minit supaya roti dapat menyerap adunan yang dipukul itu.

5. Letak loyang kedalam dulang pembakar dan curahkan sedikit air kedalam dulang pembakar itu bagi mengelakkan puding roti anda hangus.

6. Masukkan kedalam oven dan bakar pada suhu 170' Celcius selama 30-40 minit.

7. Bila puding anda hampir siap dimasak, letakkan beberapa sudu butter dan sedikit gula diatas puding tersebut untuk dijadikan sebagai sos.

8. Angkat puding roti dan enak dimakan sementara masih panas.




Pesanan Penaja: Selamat mencuba resepi ini..

2 comments:

KaiZeN SHiNoBi said...

waaa....

story pasal makanan lak... ahaks....

tetiba lapo~ ngee~

ahaks~

banyaknye idea? hehhehe

dah kering otak nak pkir sebab banyak guna pkir unntuk latest n3... ahaks...

e F F i e said...

hehe
fi pun lapar
lapar puding roti
dah lama tak buat..
tengoklah esok plan nak wat
memang kena wat
sebab dah teragak sangat nie
huhu