04 March 2010

tips belajar dengan betul

Memang susah nak dapat mood untuk study..nak2 pulak bila dah ada Laptop depan mata..ditambah lagi dengan rasa mengantuk akibat cuaca panas yang sedang melanda dan sebagainya yang mampu untuk mengalih perhatian korang untuk study..okay dekat sini saya ada beberapa tips untuk dapatkan cara study yang betul tanpa rasa bosan..

PERTAMA
-Alihkan laptop anda dari pandangan..meanings that if you have a test within that week, please please please switch off your laptop and simpan dalam beg laptop dan letak didalam almari or ditempat2 yang sangat malas anda pergi..(fuhh memang betul2 sorok laptop nie) bukan ape..dalam laptop ada macam2 benda yang boleh mengganggu gugat (err skema) fikiran anda untuk study..bila rasa bosan, korang sure cari hiburan kan..time tulah rajin pergi tengok balik all of the video clips yang dah jadi pekasam,bukak balik gambar2 yang konon2 nak mengenang masa silamlah..time tu jugalah nak main games...tapi bila korang dah simpan laptop ditempat yang BAIK PUNYERRR, korang automatik akan jadi malas sangat2 nak pergi ambil laptop tu..iyalah..nak tunggu laptop on 1 hal..nak2 for laptops yang RAM kecik..memang lambat..so dari buang masa better korang rehat 10 minit and sambung balik study..

KEDUA
- Cukuplah sekadar dengar lagu dekat MP3 or MP4 or hp korang.most of the handphones nowadays ada fungsi MP3..tapi diingatkan agar korang kena dengar lagu2 yang berentak slow or tak mengganggu pembelajaran korang..penting tu..nanti satu apa pun tak masuk..dok sibuk nak hafal lirik pulak..masalah jugak tu..janganlah korang dengar lagu yang jenis rock or whatever..

KETIGA

- Sediakan air masak dan letakkan ditempat yang berdekatan dengan meja study anda..bayangkan dengan musim panas sekarang, air letak kat dapur..for those yang rumah 2 tingkat tu, kan ke payah nak turun naik amik air segelas..silap2 on the way nak naik bilik mesti lalu kat ruang tamu..tertengok pula rancangan favourite kat TV..dah sangkut sejam lebih..kan ke rugi masa tu..

KEEMPAT
- Buatlah jadual waktu belajar..spesifikkan ikut keutamaan..maksudnya subjek apa yang paling susah, korang kena luangkan lebih banyak masa untuk subjek itu..TAPI bila dah buat jadual tu, jangan pulak buat hiasan kat depan mata je..ikutlah..cuba disiplinkan diri..insyaALLAH anda akan dapat keputusan yang baik

KELIMA
- Tinggal lagi sebulan lebih nak final exam..!!jangan kalut..mulakan segalanya dari sekarang..untuk subjek membaca, try buat nota pendek for all of the topics..just amik ringkasan je..janganlah korang dok terangkan segala2nya kat nota pendek tu..baik baca buku teks jek..emm nama pun dah nota PENDEK..tapi bila buat ringkasan,biarlah apa yang kita ringkaskan tu kita faham..bila dah nak final,korang just revise pada nota tu..segala nota penting mesti kena ada dalam nota anda so nanti tak kelam kabut and tak tertinggal mana2 nota penting..MIND YOU..!!short notes is not a TOYOL (note yang orang selalu curik bawak masuk dalam examination's hall or dalam erti kata lain notes untuk meniru) okay..!!!nanti tak pasal2 exam markah "0"..sia2 je usaha korang selama nie...

KEENAM
- Dapatkan rehat yang cukup..selalu sangat kita dengar orang ni study sampai pagi..huish takut2..!tapi bila dalam exam otak jadi tepu..1 apa pun tak dapat nak jawab..alasannya?kurang tidur..nak ke jadi macam tu?bila dah rasa mengantuk,disarankan korang tidur jelah..daripada study sampai pagi tapi satu ape pun tak masuk nak wat apa..rugi masa rugi waktu tidur dan sebagainya..

KETUJUH (fuhh dah sampai langit ketujuh*tibetibe*)
- Bagi mereka yang susah nak faham sesuatu tajuk, rajin2lah bertanya kepada lecturer anda atau dengan rakan yang pakar dalam bidang tu..jangan malu jangan segan untuk bertanya..orang cakap malu bertanya sesat jalan..

KELAPAN
- Try buat study group..syarat2 untuk buat study group adalah:-1) mengandungi sekurangnya 3 orang dan jangan terlampau ramai..ini untuk mengelakkan kumpulan belajar anda menjadi kumpulan mengumpat..2) seelok2nya carilah mereka yang bijak..jangan kita buat study group untuk orang yang tak pandai..bukan tak boleh..cadangan saya macam ini..2 orang kurang bijak 3 orang pandai..so nanti yang kurang bijak boleh bertanya pada yang pandai..3) bahagikan tugas..contohnya jika subjek berkenaan group accounts..seorang ambil topik capital reduction seorang ambil business combination dan seterusnya..bila dah berjumpa mereka akan menerangkan mengenai topik yang diarahkan..so nanti tak adalah membazir masa..1 minggu cuma dapt bincang 1 topik..

Okay itu sahaja sedikit sebanyak tips yang saya dapat kongsikan dengan anda semua..marilah kita sama- sama mengaplikasikannya..thanx for reading..

2 comments:

Cik Effie said...

btol..try wat stdy group..skurang2nyer hilang ckit ngantok 2..bleh brkogsi ilmu..sng brtnye klau x pham..n jgn skali skale pkse dri stdy smpai kwat pgi..nti dri sndiri gak yg susah..ckopkan tdor..bru ilmu sng msok

Cik Effie said...

alahai papa nie..huhu..cam perli mama jerk sebab selalu tido lewat sebab study..haha