04 March 2010

serba sedikit tentang penjagaan wajah dan kebersihan kaum lelaki

ramai lelaki sekarang ni dah pandai jaga diri masing2..tapi ada juga segelintir yang masih tak reti2 lagi nak jaga muka, jaga kebersihan diri dan sebagainya..okay dekat sini efi nak bagi serba sedikit pandangan orang perempuan terhadap kaum anda semua..

First...orang lelaki bukanlah satu kesalahan jika anda memakai produk2 kebersihan kulit muka..tak salah langsung pun..tak semestinya orang perempuan je yang boleh pakai..cuba tengok dekat TV sekarang..dah banyak promotion produk penjagaan kulit wajah khas untuk orang lelaki..contohnya macam BIORE FOR MEN emm L'oreal Men Expert pun okay juga kalau anda mampu..perkara pertama yang anda perlu ketahui adalah jenis kulit..jenis kulit orang lelaki tersangat berbeza dengan kulit wanita..so hati2 dengan itu..



okay efi bagi serba sedikit tips tentang kulit lelaki yang efi tahu..lelaki mempunyai kulit yang lebih tebal berbanding wanita..ini kerana kulit lelaki mempunyai lapisan kolagen yang lebih tebal dan epirdemis atau senang cakap mempunyai sel yang lebih banyak..peningkatan hormon testosteron menyebabkan kulit orang lelaki lebih berminyak dari kulit wanita.. 

kulit lelaki akan jadi lebih sensitif jika selalu menggunakan pisau cukur kerana ia akan menyebabkan kulit anda lebih berminyak dan berjerawat..okay some of facial treatment products ada bahan yang boleh menyebabkan keradangan pada kulit..so  korang kena pastikan bahan2 tersebut tiada bahan tiruan atau bahan kimia yang tinggi..kalau boleh pakai yang jenis natural punya..pH atau keasidan yang normal untuk kulit Asia adalah pH5.5..jika kulit wajah menjadi pedih, mengelupas atau kering sila berhenti memakai produk tersebut..efi sarankan korang beli trial pack dulu or kalau takda trial pack just beli pek yang kecil dahulu so tak terasa rugi sangat kan..


jangan sesekali picit jerawat anda..ramai lelaki kat luar sana yang sangat2 suka picit jerawat..tolonglah jangan lakukan benda tak berfaedah tu..efi cakap camni sebab jerawat hanya akan ada pada kulit kita selama paling lama pun dalam 3 or 4 hari..tapi bila korang dah picit jerawat tu, kotoran yang ada dalam benda tu tak semua sekali keluar..so nanti dia akan terperangkap dalam kulit korang selamanya..itu yang terjadinya kawah2 gunung berapi tu..(sorry if ada yang terasa)

Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak, anda digalakkan untuk memakai pencuci muka yang seperti gel...normally dia akan bagitahu produk itu untuk kulit jenis apa..kalau tak tahu jangan segan nak tanya dekat promoter..itulah tugas diorang dekat situ..kalau tak pun korang bawaklah kawan perempuan ke..senang sikit nak cari..

Ada sesetengah kulit hanya berminyak di kawasan dahi dan hidung..ini dipanggil T- Zone..tapi dekat pipi korang tak berminyak..kulit jenis ini dinamakan kulit kombinasi..bagi yang mengalami kulit jenis ini, carilah produk yang sesuai dengan kulit kombinasi..

Penggunaan Facial Scrub tidak digalakkan untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berjerawat..ini kerana ia akan melukakan kulit anda..so better untuk kulit berjerawat,cari produk yang sesuai dengan anda seperti Tea Tree atau Oxy..


Okay rasanya cukup untuk penjagaan wajah..sekarang kita pergi pada kebersihan diri..pernah tak tengok orang yang berdaki di bahagian tengkuk?tolonglah okey..tolong jaga kebersihan anda..benda bukan orang lelaki je..orang perempuan pun ada gak yang jenis macam ni..banyak produk dekat pasaran sekarang yang dinamakan body scrub..tolonglah cuba...tak rugi apa2 pun..sekarang ada produk mustika ratu, Guardian body scrub, and macam2lah..cara penggunaan dia, basahkan badan korang..lepas itu tunggu dia kering sedikit..and sapu body scrub pada seluruh badan terutama yang berdaki..jangan gosok kuat sangat..nanti kang tanggal plak kulit tu..just gosok slow2 tapi lama..memang memerlukan masa yang lama tapi memang berbaloi..biasanya memerlukan masa 20 minit..after that korang bilas badan..bukan setakat kulit akan jadi licin tapi bau badan juga akan hilang..try guna sekurang2nya 2 kali seminggu..

Hmm kenapa lelaki susah sangat nak syampu rambut?lepas tu dahlah tak syampu..pakai topi pula tu..kenapa?kenapa?kenapa?tau tak kulit kepala yang berminyak hanya akan mengumpul kelemumur dan bau yang amat dasyat..sekarang kan banyak syampu untuk lelaki..contohnya cam Clear For Men (nama saya rain)jagalah kebersihan rambut anda..huhu

lastly penggunaan deodorant..adoi tak tahannya bila lalu sebelah orang yang ada bau badan..pakailah deodorant..perfume pun digalakkan pakai..kalau nak tahu, orang perempuan sangat suka pada lelaki yang memakai perfume yang berbau segar dan tidak terlampau keras..muka da bersih badan bau segar perempuan pun suka..so rugi ke korang???

okay efi rasa sampai sini saja untuk kali ini..tak larat dah nak taip panjang2..please kaum lelaki..dah banyak produk untuk lelaki di pasaran..anda hanya perlu mencuba..jangan biarkan kekurangan anda membuatkan kami rasa tak selesa untuk berdekatan dengan anda..sorry if i said something that hurt you guys..just want to share some knowledge about this topic..thanx coz reading this entry..


 

2 comments:

NaniRostam said...

hmmm....anak-anak lelaki kak nani pun kecik-kecik dah pandai beli product kebersihan diri untuk lelaki....(bila tengok dia orang ambek benda2 tu masa kita nyhopping dalam hati oh dah besar anak aku)

Cik Effie said...

betul tu..orang lelaki skang kena pandai jaga badan..jangan sampai berbau..tak laratlah nak dekat..huhu