13 March 2010

Kemas bilik yang sangat bersepah

Hari minggu memang banyak kerja..kerja lebih dari hari biasa..apa taknya..aku tengok bilik aku dah macam tongkang pecah..tongkang pecah pun kalah kot..hari ini dengan rasa bersemangat walaupun badan2 aku sangat2 sakit (hmm nanti aku cerita apehal badan aku sakit2) aku mengkemas bilik aku..kau nie efi..dahlah duduk rumah acu..sepah2 bilik pula..

Okay perkara pertama yang perlu dilakukan adalah......sanggul rambut..


haha kantoi gambar lama..tapi sanggul rambut lebih kurang jadi macam inilah

Okay sila lihat keadaan bilik saya sebelum dikemas..

Selak langsir luas-luas bagi udara masuk sebab habuk sangat banyak

Meja studyku yang macam apa..

All my toilettries dah tunggang langgang bila hari2 dibuat main oleh Alisya and Harris

Segala barang ada atas katil sebab sesi mengemop lantai dah bermula

Alisya pun diangkut letak atas katil..kalau tak dia merayap jerk kerjanya

Penat gila kemas bilik..sapu sampah dua kali..sebab nak pastikan betul2 tiada habuk yang akan melekat time nak mop lantai..Mop lantai pun dua kali..first dengan air panas sebab nak bagi lantai itu kekal licin untuk seminggu..second time dengan air biasa..just nak bilas sikit2 sabun2 yang melekat..kang tergolek niaya jerk..

Sambil layan lagu dekat handphone Sony Ericsson W890i pemberian papaku tersayang (erk perlu ke bagitahu secara detail?)..nasib baik ada lagu..kalau tak sure bosan gila tahap cipan yang kadang-kadang cipan pun kalah..

Dekat nak 4 jam kemas bilik semata-mata (lama gila seyh makan masa) akhirnya terhasillah bilik ini yang aku rasa macam sama jerk dengan before kemas..

Toilettries dah bersusun..Buku-buku dah berkemas..

Nampak tak bakul kecik bawah tu?Itulah bakul sampah limited edition dari aku..


Katil yang dikemas ala kadar

Ini semua disimpan disini bila ada orang datang..Almaklumlah..rumah acu memang ramai orang datang..
Kejap2 kawan2 or kadang2 my family datang, bilik inilah tempat tidur mereka

Akhir kata dari saya..kemaslah bilik anda selalu supaya anda tidak akan membazir masa selama 4 jam semata2 untuk mengemas bilik..








glitter-graphics.com

No comments: