12 March 2010

coding vs editing picture

kenapa saya suka edit gambar?kenapa saya suka bermain dengan coding?sebab ianya dapat memuaskan hati saya dan bila coding itu menjadi, ia dapat membuat saya tersenyum sepanjang hari..internet adalah sumber terbaik untuk mempelajari teknik2 coding..

kalau gambar pula saya sangat suka menambah2 isi2 dalam gambar tersebut..tak tahu kenapa...mungkin sebab bila dah edit, gambar yang cantik tersebut akan menjadi bertambah cantik..

contoh-contoh gambar yang di edit oleh budak yang mentaip ini adalah seperti di bawah..

saya menggunakan software photoscape..Photoscape ini memang sesuai untuk mereka yang baru berjinak2 dengan editing..quite simple and quite easy to understand..

Saya mula minat coding sejak belajar Visual Basic time sem 2..minat sangat2..bila tengah nak buat coding, otak memang berserabut..bila coding salah otak memang rasa cam nak terkeluar tapi bila coding dah menjadi, segala keserabutan di kepala akan lenyap begitu sahaja..amazing tak?

Actually since dekat matriks johor lagi saya mula minat coding..sebab time tu Friendster memberi peluang kepada semua user untuk edit profile bagi secantek yang boleh..mula2 saya just cari friendster template from Pyzam sahaja..after that barulah tahu camane nak add benda2 yang lain lagi..

Belajar coding bagi benefit yang sangat banyak untuk saya..pertamanya bila kita dah belajar buat coding, kita dapat tahu apa makna setiap coding2 tersebut..bagaimana hendak BOLD, UNDERLINE, STRIKE and ITALIC your font..kita boleh belajar apakah coding untuk menukar jenis font mengikut selera masing- masing..

Benda2 simple ini boleh kita pelajari dengan mudah..dah banyak website2 yang ada mengajar macam2 jenis coding..cuma korang kena rajin mensearch dan mencuba SAHAJA..tak susah kan?

kalau rasa coding korang takut tak betul, contohnya di blog, bila kita dah click save template, mana boleh nak tukar2 coding dah..so korang kena buat backup..copy all your existing code and paste it on NOTEPAD..so after that you can edit your html code..bila rasa coding anda salah, sila cuba lagi okey..so lau rasa tak boleh nak dibetulkan lagi, korang just copy balik coding asal kat notepad then paste balik...

Membuat coding dan editing picture sangat2 memerlukan kesabaran..buatlah perkaea tersebut bila korang dah ada idea dan mood tengah baik..kalau tidak, satu apa pun tak jadi..wasting ur time adalah...

Best of luck okay..jangan mudah putus asa untuk dapatkan hasil yang terbaik..

Salam sayang,
effie






glitter-graphics.com

No comments: