26 March 2010

Musim untuk study dan menjana minda yang cerdas

Salam semua..!Okay pada yang tidak tahu, bermulanya bulan April ini student UiTM seluruh Malaysia akan busy nak study sebab Final exam ada dekat hujung simpang itu..maksudnya final exam is just around the corner..Fuhh memang takut dan tersangat takut..Sebab this is my final semester and i hope i won't be back here anymore unless if my application of continuation of studies dapat dekat sini..mintak2 janganlah..Jauh gila maa..bayangkan..kita duduk JB study dekat Arau Perlis..Perghh berasap (_|_) duduk lama2 dalam bus walaupun bus tersebut tersangatlah sejuk dengan aircond..


Whoops cam dah terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya pula..Haha gila kau Effie guna peribahasa tersebut..tak ada kena mengena okay..Okay2 back to the story..kita dah berhari2 menGoogle dan mencari info tentang pemakanan yang sihat untuk menjana minda yang cerdas..Gambar2 dibawah ini adalah gambar dari Google Image okay..not mine..tak sempat nak amik gambar sendiri *padahal malas sebab malas nak transfer masuk lappy*


Okay bila kita mula study,apa yang akan kita harapkan adalah biarlah segala apa yang masuk dalam otak kita *berkaitan pelajaran je eh..yang lain2 tak termasuk* kita harap ia akan kekal sekurang2nya sampai akhir hayat and terutama sekali sewaktu exam..


Korang sure pernah mengalami benda ini kan...terasa malas nak study sekarang..biar lambat2 sikit..nanti study awal2 takut lupa..pernah tak alami situasi macam ini?Jangan tipu okay..!saya tahu ramai yang tak suka study awal2 alasan takut lupa bila nak jawab..Sebenarnya fakta yang korang cipta itu adalah salah sama sekali..!Okay dekat sini saya nak tekankan *sambil tekan keyboard kuat* bahawa bila korang study awal2,korang akan lebih bersedia..kalau tak nak mudah lupa, korang selalu baca doa penerang hati, dan segala doa yang memang banyak jika kita tahu ayat2nya..Bila korang dah berdoa, InsyaAllah Allah akan turunkan sedikit rahmat pada kita dan mudah2an kita dapat memahami segala intipati yang kita belajar itu dengan lebih mendalam..


Rajin2kanlah solat sunat..Solat yang wajib itu memang seharusnya tidak dipandang remeh kerana solat itu tiang agama kita..Apa guna kita bergelar seorang Hamba Allah jika kita tidak patuh akan ajaranNYA..Ingat okay..Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Adil..DIA boleh menjadikan apa sahaja didalam alam semesta ini..



Okay..Selain itu start dari sekarang, mulakan buat nota ringkas tentang sesuatu tajuk..lebihkan penerangan pada tajuk yang susah dahulu..Highlight mana-mana yang penting..Gunakan warna2 yang terang supaya anda tidak mudah rasa mengantuk bila nak dekat exam..Bila dah highlight nanti time kat luar dewan exam korang boleh cari benda2 penting dengan mudah..tak payahlah korang nak pening2 kepala..last2 belum masuk dewan exam lagi korang dah kalah dengan exam paper tersebut..


Bagi yang mudah nervous terutama macam kita..kita memang cepat sangat menggigil bila takut dan sebagainya sebab kandungan iodin dalam badan kita sangat tinggi berbanding paras normal..normal adalah 16-20 and kita punya kandungan iodin dalam badan adalah 35..Atau lebih senang nak cakap sesiapa yang menghidap penyakit tiroid,memang akan mudah nervous...Jadi apa yang saya lakukan adalah semasa berada diluar dewan exam, Selawatlah ke atas Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW seberapa banyak yang boleh...kalau boleh elakkan baca nota diluar dewan exam sebab nanti kita makin nervous so boleh jadi hilang semua apa yang kita dah baca before this..


Okay dalam hal pemakanan pula ramai yang salah sangka tentang fakta sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam..Okay macam ini..Jangan korang sekali2 langkah jadual pemakanan..Sarapan pagi itu penting okay..Untuk musim exam ini kita tekankan pada cara pemakanan yang sihat..Iaitu untuk sarapan, kita akan ambil 2 keping roti disapu dengan butter dan 4 keping Lite Munchy Cream Crackers dan segelas Quacker Oat..Bila makan ini, anda akan kenyang sepanjang hari..




Untuk tengahari pula cuma ambil makanan yang ringan..bukan makanan ringan okay..makanan yang ringan ini adalah seperti secawan kecil nasi, seekor ikan dan sayur..Okay bila musim exam,anda digalakkan makan Ikan dengan banyak kerana ikan merupakan sumber Omega 3 yang terbaik untuk kita..apa itu Omega 3?Okay menurut fakta, Omega 3 ini banyak kelebihan dia..Antaranya ialah ianya dapat menguatkan minda anda..

 boleh didapati dalam ikan laut

dan juga dalam bentuk kapsul...ur choice..



Untuk tengahari kita perlu makan dalam jumlah yang sedikit kerana badan kita telah mempunyai tenaga hasil daripada sarapan pagi kita..sebab itulah sarapan pagi dikatakan amat penting kerana ia ketika kita tidur, tubuh badan kita akan memproses makanan didalam perut..itulah sebabnya pagi2 mesti kena buang air besar..ramai yang cakap "aku tak boleh makan pagi..nanti perut mesti sakit" fakta itu salah sama sekali okay..!bila makanan dah diproses malam tadi, ianya akan jadi bahan buangan yang memang dah jadi lumrah untuk kita buang pagi..lepas itu perut kita akan jadi kosong..sebab itu kita memang diwajibkan untuk sarapan..sebab sarapan adalah bekal untuk kita sepanjang hari..bila dah sarapan, makan tengahari akan jadi kurang kerana perut masih kenyang..bila kita amik sedikit hidangan makan tengahari, automatik tubuh badan kita akan bertambah kurus..*kurus bukan sebab diet tapi sebab mengambil makanan dengan cara yang betul*
Sambil2 kita buat kerja, snek yang baik untuk kita adalah kismis..Kismis ini memang perangsang minda yang baik..



Untuk makan malam pula, digalakkan untuk mengambil nasi dan lauk2..tapi dengan syarat,ianya mestilah diambil sebelum pukul 6..kerana lepas pukul 8,jika kita masih mengambil makan malam, ia akan menjadi lemak dan menempel di sekitar perut anda kerana waktu pemprosesan yang diambil sebelum tidur telah dipendekkan..*faham ke ayat aku nie*


okay lupa nak bagitahu..Buah-buahan sangat penting untuk tubuh badan kita okay..Okay macam ini.."mak cakap makan nasi dulu baru makan buah..tapi doktor cakap makan buah dulu baru makan nasi" Anda tahu kenapa?ini kerana jika kita mengambil buah dahulu, ia akan melancarkan salur perjalanan makanan kita..So bila makan nasi, ia akan terus laju pergi ke perut untuk diproses..




Untuk supper,korang boleh ambil segelas susu dan 4 keping biskut untuk alas perut semasa tidur..jangan amik biskut yang berkrim sangat..Susu adalah penting kerana jika minum susu pada waktu malam,anda akan mudah mengantuk dan terus tidur lena..Jadi tidak ada istilah study sampai lewat malam sampai lebam2 mata jadi Panda tapi satu hape pun tak masuk..korang sure tak nak jadi macam itu kan..





Anda digalakkan untuk mengulangkaji diwaktu pagi selepas mandi dan mengemas bilik..suasana pagi yang sejuk, mata yang segar, dan udara yang nyaman membolehkan anda study dengan tenang..Make sure bilik itu berbau segar,tidak bersepah dan sentiasa kemas..kalau tak nant,5 minit study tengok bilik sepah, 30 minit kemas bilik..buang masa sahaja..












3 comments:

ZACK ENTRY said...

bagus-bagus tips ni..=)

Cik Effie said...

hehe thanx..ini yang kiter amalkan tiap kali nk exam

.:miss little raindrops:. said...

eheh suke tips2 ni..:D