08 March 2010

Besar sungguh dugaanmu Ya Allah

Cuaca semakin panas..jarang sekali kita dengar ayat ini "alamak hari nak hujan..aku sidai kain kat luar pulak hari ni" atau ayat ini "syoknya hujan..boleh tidur lena" dan ayat ini "lecehlah hujan..payah nak pergi kelas..leceh nak bawak payung"

 
*tanah yang gersang ketandusan punca air*


Jadi sekarang Allah turunkan dugaan yang besar kepada semua umatnya yang tidak pernah bersyukur..tak tahu ke yang hujan boleh menyuburkan tanaman..mengurangkan kepanasan..menghindarkan penyakit kurang air *erk ada ke penyakit tu?*

So sekarang ini kepada sesiapa yang selalu tidak bersyukur akan rahmatnya, silalah bersyukur sekarang..(sambil tadah tangan cakap Alhamdulillah syukur nikmat)

Bila hari hujan, hati kita kurang rasa panas atau dengan kata lain, bila hari panas, segala yang kita lakukan kurang sempurna..mudah naik angin bila ada sesuatu yang tak kena..

Bersyukurlah anda semua dengan segala rahmat yang diberi oleh Allah..jika ada dugaan yang diturunkan oleh Allah, anggaplah ia sebagai ujian semata *ujian dengan dugaan tu sama ke maksud dia?*

Jangan mudah nak merungut bila menghadapi sesuatu perkara..sesungguhnya panas dunia hanya sedikit berbanding dengan kepanasan di akhirat nanti..(insaf T__T)

Ya Allah..aku bersyukur dengan segala rahmat yang diturunkan oleh KAU ke atas aku..




.•.¸¸•´¯`•.¸¸.ஐ ♥ My Sweet Memories ♥ ஐ ~•.¸¸•´¯`•.¸¸.

No comments: