Assalamualaikum,
Hidup ini tak lari dari manusia. Kiri kanan kita semuanya penuh dengan manusia. Kita nak hidup tegak ke nak terbalik ke nak terlangkup ke memang sentiasa ada manusia sekeliling. Manusia ini juga boleh berkata-kata. Boleh bertanya. Boleh memberi jawapan. Boleh berbual. Boleh berbincang.
Hari ini aku nak selesaikan bab "Manusia Boleh Bertanya" dahulu.
Pertanyaan dari seorang manusia ini memang tak ada noktah. Habis yang ini, sambung yang itu. Dah dapat jawapan yang itu, tanya yang lain pula. Sampai bila? Sampai ajal kita datang. "Kita" itu samada yang si penyoal ataupun yang tukang jawab.
Contoh paling senang sekali aku nak cerita adalah pasal diri aku. Sejak kecil sampai sekarang, soalan yang aku dapat semuanya jenis berangkai. Tapi rangkaiannya mengambil masa yang panjang untuk disambung.
Masa sekolah rendah, orang tanya "Dapat nombor berapa dalam kelas? Ehhhh teruknya. Anak makcik dapat nombor satu!"
Masa UPSR, orang tanya "Dapat 4A 1B je? Ehhhh. Anak makcik dapat 5A!"
Masa PMR, orang tanya "Dapat 3A je ke? Ehhhh anak makcik straight A!"
Masa SPM, orang tanya "Dapat 3A lagi? Ehhhh anak makcik dapat straight A lagi!"
Begitulah seterusnya. Aku ingat soalan ini habis takat UITM je. Rupanya sekarang soalan dah upgrade dah.
Sebelum bertunang, orang tanya "Bila nak kahwin? Anak makcik dah ada anak 2 dah. Susah kahwin lambat2 ni. Susah dapat anak. Bla bla bla...."
Masa bertunang, orang tanya "Bila majlisnya? Jangan lambat-lambat sangat. Awak dah umur 27. Nanti susah dapat anak......."
Masa majlis, orang tanya "Hantaran berapa? Masa kahwin inilah kena minta hantaran banyak-banyak. Lepas ni laki bukan bagi punnnn..."
Sebulan lepas kahwin, orang tanya "Dah lekat ke belum? Takde ke bau2 baby? Lambatlah ibu kau timang cucu......"
Masa raya, orang tak tanya dah. Orang terus pegang perut je sambil berkata "Hmmmmph kan dah cakap. Kahwin lambat susah dapat anak. Kita badan pun dah tak kuat. Ini takde baby lagilah ni kan?"
Aku malas nak jawab. Aku rasa nak tampar je manusia macam tu.
Hello semua. Just to let you know that, Kami baru 3 bulan berkahwin okay! Kad Perakuan Nikah pun baru nak pergi ambil dekat pejabat agama Isnin ni. Kot2 lah korang dah lupa kan. Aku tak tahulah macamana perasaan pasangan yang dah bertahun-tahun kahwin tapi belum ada rezeki anak itu. Kitorang yang baru 3 bulan ini pun rasa macam dah nak meletop malas nak menjawab soalan orang ini.
"Kadang-kadang Allah lambatkan rezeki untuk dapat anak. Tapi dia bagi kita mertua yang baik"
Yes! Memang betul! Aku bersyukur dapat mertua yang baik. Ipar duai yang gila-gila. Anak buah yang sporting. Biras yang sekepala huhahuha gelak tak ingat dunia. Allah kurniakan dua orang anak tiri. Anak tiri kedua aku Qhalisya yang suka loyar buruk. Mengada-ngada dan manja. Alhamdulillah. Allah bagi aku sebuah keluarga untuk aku sayang.
No comments:
Post a Comment