Alhamdulillah.
Encik tunang dah pindah rumah. Walau rumah tu masih lagi macam tongkang pecah tak bersusun elok lagi barang-barangnya, tapi aku tetap bersyukur. Bersyukur sebab segalanya dipermudahkan. Dari hari kami mencari rumah hingga ke saat ini.
Last week cuti sekolah seminggu tu kami ingat nak angkat barang sikit sikit sebab sementara Qhalisya dekat kampung. Tapi siapalah kita nak tentukan segalanya. Kita hanya merancang. Abah (Abah tunang) jatuh sakit hari Isnin tu. Actually dah beberapa hari juga abah demam. Ummi yang suapkan makanan. Cuma boleh makan nestum je masa tu. Cengkung sangat. Kebetulan tunang balik kampung kononnya nak hantar Qhalisya and dalam masa yang sama dia nak settlekan urusan pejabat agama lagi.
Tapi bila dia tengok abah dah tenat masa tu, terus bawa balik Shah Alam and masuk IJN. Bayangkanlah. Driving dari Kemaman lepas maghrib. Sampai sini around 11.00pm terus ke IJN. Sampai dekat IJN masuk wad kecemasan sebab doktor cakap abah kena jangkitan kuman lepas operation jantung tahun lepas. Jangkitan kuman dah sampai ke otak. Pukul 5am baru tunang balik rumah rehat.
Aku terus ambil EL sebab tiba-tiba hati rasa tak sedap. Masa aku melawat abah dalam pukul 1 tengahari tu, abah dah tak sedar. Wayar banyak dekat badan. Sebak gila tengok abah masa tu. Sebab nampak beza. Badan abah susut sangat.
Dalam masa tu doktor kata jantung abah dah 2 kali terhenti. Tapi bila dah di pam and masuk ubat, berdegup balik. Kiteorang balik Pulau indah dulu sebab abang ipar nak ambil kereta and barang2. Sampai dekat sana dah nak maghrib. Pukul 7.15 dapat call dari adik tunang yang abah dah meninggal. Dengar je berita tu aku tengok tunang. Nasib baik muka dia nampak tenang je.
Gitu gini mandikan jenazah, solat semua pukul 11.30pm arwah dah dihantar balik ke Cheneh. Aku n tunang balik rumah dulu mandi kemas baju semua dalam pukul 2 pagi juga gerak balik. Kita cekal aku buka mata nak lalu Karak Highway tu. 1st time ikut tunang balik kampung dia. Jalan seram sebab berbukit2 and belok2. Berkabus lagi tu. Dah lah banyak lori besar berhenti tepi jalan sebab tak boleh naik bukit.
Alhamdulillah wajah arwah memang tenang. Senyum. Berseri-seri. Macam dia tengah tidur. Pukul 10.30 pagi dah selamat dikebumikan. Straight seminggu aku ambil cuti. Takkan aku nak tinggalkan je. Sebab abah dah sebahagian dalam hidup aku sekarang ni.
First time tau pergi Kemaman ni. Khamis tu sempat lagi tunang bawa jalan2 makan dekat Chukai, borong keropok lekor, borong carpetlah.. Huhhu.
Jumaat pagi gerak balik Shah Alam tapi kiteorang singgah Gopeng dulu hantar Adik Nurul balik kampus. Sampai rumah memang letih gila badan. Malam tu jugak jumpa agen rumah baru tu ambil kunci rumah. Sabtu Ahad pindah barang. Tak macam orang gila kiteorang ni punya penat. Isnin tu aku stock count pulak dekat factory. Perghhhhh mengantuk tapi hati rasa lega. Puas!!
Sofa and kabinet dapur dah settle. Sekarang misi mencari peti sejuk, meja makan dengan langsir pulak. Relaks beb. Rumah tu memang akan complete In Shaa Allah sebelum raya. Weeeeee. Gila tak sabar aku ni. Pasu dah beli dah. Tanah tak beli2 lagi. Macam2 aku nak tanam kat depan rumah tu. Pokok bunga lah. Lada lah. Aku kan klasik orangnya.
No comments:
Post a Comment