14 April 2014

Ghairah

Assalamualaikum,

Ghairah?

Ghairah aku bukan pada yang 'itu'
Ghairah aku pada yang ini.
Yang akan datang
Yang bakal menjelma

Ghairah aku pada rumah baru 'kami'
Ya! Kami.
Rumah kami. Rumah sewa kami.

Deco rumah memang minat aku.
Walaupun bukan rumah kami. Hanya rumah sewa. Tapi aku tak kisah. Sebab rumah sewa pun adalah rumah yang bakal kau duduk paling cepat pun dalam masa dua tiga bulan. Mampu ke kau nak balik kerja tengok rumah bersepah, kotor, halaman rumah tak teratur, sampah tak buang? Okay over.

Hoooo aku tak mampu. Atau aku masih belum mampu untuk pulang dari kerja menghadap pemandangan 'indah' macam tu. Tak sampai sebulan sahaja lagi untuk sampai ke tarikh keramat tu. So tak sampai sebulan sahaja lagi untuk aku duduk di rumah itu bersama yang tercinta. Haaaa.

So sekarang ni untuk barang2 perhiasan pada aku almost complete. Cuma belum beli katil untuk bilik2. Katil single aku yang dekat rumah bujang ni entah bila nak angkut. Kena angkut juga sebab rumah tu 4 bilik. So nak letak dekat bilik anak sulung. Mudah-mudahan kitorang boleh ambil dia balik dari mummy dia. So katil tu nak letak dekat bilik abang. Adik punya katil aku memang dah target dari 1st time aku jejak kaki kat ikea! Katil queen besi warna putih. Perghhhh memang keperempuanan sangat katil ni tau. Memang nak beli untuk Qhalisya.

Carpet nanti-nantilah dulu kot. Tunggu aku pindah masuk. Aku tak suka guna carpet sangat. Aku kan classic. Nak tikar buluh je. Padahal malas nak vacuum nanti. Guna tikar senang nak mop. Senang nak sapu. Cantik pun cantik. Picture frames? I'm not in to it. Sikit bolehlah. Banyak2 nanti jadi sesak aku tengok dinding tu.

SO far yang dah complete, sofa set, TV, radio, Kitchen cabinet, dengan pokok bunga!! Weeeee memang aku gila nak tanam bunga. Biarlah orang kata tanah yang aku ada tu ngam2 nak tanam orang je. Yang penting ada lah jugak tanahnya kan. Takat ni pokok tomato dah menunjukkan ciri-ciri nak tumbuh bebas. Pokok bunga aku jenis amik yang bunga tahan panas and senang jaga. Cuma3 pokok cili api dengan cili merah still malu lagi nak tumbuh. Tunggulah minggu depan. Ibu pesan suruh tanam serai, daun pandan, kunyit, daun selasih, and macam-macam lagilah. Macam duduk rumah kampung ada laman rumah 4 ekar. Heeee

2 comments:

Unknown said...

As Salam EFi.....lama tak dengar berita. Hari ni entah kenapa teringat nak jenguk your blog. Wahhh....macam2 perkembangan sekarang, alhamdulillah. So, bila exactly tarikh wedding you? Jangan lupa jemput ye....teringin sangat nak makan nasi minyak EFi ni....

Cik Effie said...

Jangan risau. Nanti sampailah kad nya tu. Hihhi.