04 February 2014

M.Y.O.B


M.Y.O.B

Mind Your Own Business.

Empat perkataan memang selalu kita dengar. Tapi pernah ke kita aplikasikan ia dalam hidup kita? Kadangkala aku jadi tak faham dengan segelintir manusia yang kelam kabut nak tahu segala yang terjadi dalam diri kita. Segala benda nak digali. Segala cerita nak dijaja. Malah setiap perkara yang tak pernah terjadi pun diadakan juga demi menambah perisa dalam ceritanya.

Bila ditegur, sentap. Bila diperli, sentap. Habis bilamana maruah kita dijaja mereka itu, tidakkah kita kenal erti sentap? Tidakkah kita berasa malu?

Itulah hakikat makhluk yang bergelar manusia. Kita tidak sempurna. Ya. Kita memang tidak dilahirkan sempurna. Setiap dari kita mempunyai salah dan silap masing. Tapi adalah menjadi satu tanggungjawab buat kita untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Benar kata orang.
Manusia yang membuka aib orang lain itu jelasnya hanya kekurangan kasih sayang.
Hati mereka tidak pernah puas.
Hati mereka penuh dengan hasad.
Hati mereka tidak pernah bersyukur.

Manusia yang membuka aib orang lain itu hanya memalukan diri sendiri.
Makin dalam mereka gali, makin mereka tidak sedar bahawa mereka hanya menggali lubang kubur sendiri.

Fikirlah. Otak dikurniakan untuk manusia berfikir. Akal yang diberikan adalah untuk kita mengenalpasti setiap kebaikan dan keburukan perbuatan kita. Bukan untuk memuaskan hawa nafsu sahaja. Apa guna semua itu kalau kita hanya berfikir menggunakan kaki.

No comments: