Assalamualaikum,
Roda. Pembelajaran? Selalu kita dengar tentang roda kehidupan. Biasalah. Kadangkala kita diatas. Kadangkala kita dipinggirkan ke tepi. Kadangkala kita dipijak dibawah. Semua itu memang lumrah kehidupan. Tapi. Roda pembelajaran? Hmmm.
Ramai yang tahu bahawa hakikat sebenar hidup di dunia ini penuh dengan pembelajaran. Bukan setakat di sekolah. Di rumah dan dimana juga kita akan belajar dan kita harus belajar. Kadangkala bila kita tidak tahu tentang sesuatu, kita harus belajar. Jika kita mengetahui sesuatu juga kita boleh mengajar orang lain. Itulah roda pembelajaran.
Tapi hakikatnya tidak semua yang bijak pandai itu mampu untuk mengajar orang lain. Dan tidak semua yang tidak pandai itu mampu untuk diajar. Itulah hakikatnya.
Bukan mudah nak mengajar manusia yang bodoh sombong. Bak kata orang lama, "Sudahlah tidak pandai. Mahu diajar, dia pula yang sombong". Tapi kadangkala kita juga harus mengerti, adakah cara kita mengajar itu kena pada waktunya? Kena pada caranya? Fikirkan.
Bukan mudah juga untuk kita yang tidak pandai ini meminta pengajaran dari mereka yang bijak pandai. Sebab kadangkala bila mereka tahu mereka pandai, mereka mudah menjadi sombong dan bongkak. Tapi kita juga harus ingat. Adakah kita terlalu meminta? Adakah kita yang mudah lupa tentang apa yang diajar? Atau adakah kita tidak ikhlas untuk belajar? Fikirkan.
Walaubagaimanapun,
Itulah Roda Pembelajaran....
No comments:
Post a Comment