Lately aku perhatikan ramai blogger wanita yang ingin menceburkan diri didalam dunia blogging. Memang aku akui separuh dari mereka banyak melibatkan diri dalam bidang usahawan blogger atau lebih dikenali sebagai usahawan online. Dan separuh dari mereka juga masih tidak mengetahui apakah elemen yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam 'blog post' kita.
Bagi yang baru berjinak-jinak di dalam bidang ini, anda harus mengetahui apakah jenis cerita yang digemari orang dan apakah jenis cerita yang dibenci orang. Contoh yang aku lihat sekarang, ramai blogger wanita suka mengadaptasikan kisah percintaan mereka untuk tatapan umum. Sekadar ingin memberitahu bahawa diri sudah berpunya. Dunia mereka hanya untuk orang tercinta sahaja. Jadi apa kata kalau anda privatekan aje blog anda sebab tak ramai yang suka membaca kisah percintaan anda. Biarlah kisah itu menjadi kenangan anda berdua.
Yang paling parah bila anda cipta satu blog khas untuk Boyfriend tercinta. Bukan suami ye. Bila satu hari jodoh anda tidak panjang, kisah korang tamat disitu, kan susah untuk delete blog sedia ada dan cipta satu lagi blog untuk pakwe baru korang. Sumpah, jenis blog yang sebegini memang saya tolak tepi.
Kisah wanita mengandung. Mengidam itu dan ini. Beli barangan untuk bayi yang bakal lahir. Itu juga kurang penting untuk bacaan mereka yang dewasa. Seeloknya anda masukkan tips-tips untuk melahirkan anak, surah-surah yang elok dibaca ketika mengandung, panduan pemakanan untuk ibu mengandung dan sebagainya. Kan ke lebih bermanfaat bahan bacaan yang anda sediakan untuk pembaca.
Kisah wanita dan senarai kasut tumit tinggi yang mencecah harga ratusan ringgit juga bakal membuat pembaca anda jadi mual. Serius. Mungkin anda berniat untuk menunjukkan koleksi kasut-kasut yang cantik akan tetapi pada masa yang sama, pembaca akan berfikit yang anda cuma mahu menunjuk-nunjuk semata-mata. Pfft. Tolak tepi!
Bagi mereka yang masih muda, segala rasa tidak puas hati, niat untuk memaki orang, menghina orang diletakkan ke dalam blog. Oh! Itu sangat tidak penting. Biarlah perasaan marah itu dilepaskan dengan cara yang baik dan berhemah dan bukan dengan cara cacian dan makian.
Tak kurang juga untuk mereka yang mempamerkan koleksi hantaran yang dibeli siap dengan harga setiap barangan yang dibeli untuk persiapan majlis perkahwinan korang. Hurm saya tak rasa itu perlu untuk dibaca.
Akhir kata, jadikanlah hobi berblog ini sebagai tempat untuk kita memanjangkan ilmu sedia ada dan dalam masa yang sama kita juga akan dapat ilmu dari para blogger lain.
No comments:
Post a Comment