grab from google.com
Assalamualaikum.
Gembira dapat melihat kebahagiaan orang lain disamping keluarga mereka yang tersayang. Terpancar keriangan di wajah setiap ahli keluarga mereka betapa bahagianya hidup mereka. Aku? Aku masih sendiri. Menghitung hari untuk melangkah setapak ke hadapan. Mungkin pada hakikatnya umur 26 adalah umur yang agak lewat untuk berjinak-jinak ke alam rumah tangga. Tapi apakan daya. Terlalu banyak yang harus ku lakukan untuk mengatur kehidupan harian yang agak terumbang-ambing lagi.
Perkahwinan bukanlah satu perkara yang harus kita permainkan atau perlekehkan. Ianya ada satu jalinan ikatan yang suci yang harus kita jaga demi maruah anak bangsa. Sungguh aku takut akan penceraian. Aku benci dengan ungkapan kayu tiga. Aku seram dengan perpisahan. Memang ianya menyakitkan. Akan tetapi kadangkala hanya itu sahaja langkah terakhir yang harus kita lakukan.
Persiapan sebelum bermulanya perkahwinan bagiku tidak begitu penting berbanding dengan persiapan diri kita selepas bergelar suami isteri. Wang yang banyak tidak menjanjikan kebahagiaan. Keikhlasan hati, kejujuran diri, sikap saling bertolak ansur adalah salah satu perkara yang teramat penting demi menjaga ikatan perkahwinan.
Ikhlaskah aku untuk menerima si dia seadanya? Ikhlaskah aku untuk menerima setiap kekurangannya dan melengkapi hidupnya? Sudah bersediakah aku untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang solehah? Bersediakah aku untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada sang suami? Atau aku hanya ingin berkahwin atas dasar cemburu demi melihat rakan-rakan seperjuanganku yang sudah berumahtangga dan hidup bahagia bersama keluarga tercinta?
Sujudku padaMU Ya Allah untuk menerangi hatiku dan memintaMU memberi petunjuk yang benar dan laluan yang mudah untuk aku mengecap bahagia.
Harusku akui bahawa jauh di sudut hati aku, aku hampir bersedia untuk melangkah ke alam itu. Untuk berubah menjadi seorang wanita bukanlah mudah. Memerlukan pengorbanan. Perlu mematangkan diri sendiri demi menggalas sebuah amanah yang telah ditetapkan oleh Allah SWT untuk kaum wanita iaitu menjadi isteri yang taat pada si suami yang telah membimbing kita ke jalan yang benar.
Kalau sudah tertulis dia jodohku, ia tidak akan ke mana-mana. Walau berjuta rintangan harus ku tempuhi, dia tetap akan jadi milikku. InsyaALLAH.
2 comments:
Oit budak!! hahha..
Be prepared.. Someone watching U everyday ;)
oit pakcik! Be Prepared!!
Post a Comment