29 November 2011
Perkahwinan.
Perkahwinan bukanlah sesuatu yang harus kita tertawakan. Perkahwinan adalah satu ikatan yang suci yang akan menghalalkan perhubungan sepasang suami dan isteri. Bersediakah kita untuk menghadapi liku hidup dialam perkahwinan? Sudah bersediakah aku untuk melayari bahtera hidup bersama si dia Menunaikan tanggungjawab yang amat berat sebagai seorang isteri kepada sang suami tercinta bukanlah satu perkara yang kita boleh buat sambil lewa. Bersediakah aku?
Berkata bapa saudaraku. "Effi, kalau awak dah ada calon, better pergi bawa jumpa ibu and ayah dulu. Lagi cepat lagi baik." Ibu saudaraku pula memberitahu "Kalau nak tunggu duit cukup memang lambatlah awak kahwin! Duit boleh cari. Awak tu makin tua!" Sentap! Memang aku sentap dengan ayat itu. Otak jahat aku mula ligat berfikir. Ibu dan ayahku belum memberi kata putus tentang itu. Mereka mahu aku benar-benar bersedia sebelum melalui fasa kedua dalam hidupku.
Perancangan demi perancangan aku fikirkan. Aku nak berkahwin. Aku cintakan dia. Makin hari aku jadi makin rindu. Makin rindu aku jadi makin sayang padanya. Namun apa dayaku. Terlalu banyak perancangan yang harus aku dahulukan sebelum berkahwin.
Aku ingin mengukuhkan kewangan aku dahulu. Memang benar kata orang. Bila kita sudah bernikah, sang suami harus bertanggungjawab atas segala tentang diri kita. Akan tetapi janganlah terlampau menyeksa si suami dengan pelbagai permintaan. Nafkah zahir itu penting. Batin juga penting. Akan tetapi aku seboleh-bolehnya mahu mengelak dari menjadi bebanan si suami.
Aku ingin bekerja selepas berkahwin. Baginya itu bukan masalah besar. Aku mahukan wang yang aku cari hasil titik peluh aku sendiri dapat membantu meringankan beban rumahtanggaku nanti. Bukan mudah untuk menjalani kehidupan ini. Mampukah aku menguruskan rumahtangga? Itu yang paling utama aku fikirkan dikala ini.
Aku masih belum mampu untuk memasak untuk diri sendiri. Apatah lagi untuk menjamu orang lain. Aku sendiri kurang pasti dengan hala tuju hidupku. Jadi janganlah engkau menekan aku dengan pelbagai asakan tentang perkahwinan. InsyaALLAH satu masa nanti aku akan bernikah jua. Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment