17 April 2011

Kahwin?

Assalamualaikum semua.

Hehhe lama kan tak update belog. Tak ah lama sangat kot. Hmm saja nak story tentang perkara yang matang. Huhhu asyik cerita pasal tak puas hati orang sanalah. Marah orang sinilah and macam-macam lagi. Now jom kita mematangkan diri kita dengan bercerita tentang kahwin.





Siapa tak seronok bila berkahwin dengan orang yang kita sayang. Siapa tak bangga kalau perkahwinan ditaja oleh ibu dan bapa? Aku pun happy gitu. Kalau ada orang nak taja aku, sure hari nie aku dah kahwin dengan si dia. Hehhe gatal.



Bagi aku, aku memang nak kahwin. Tapi aku tak tahu bila. Sebab aku target nak kahwin guna duit sendiri. Aku tak nak guna duit ibu and ayah aku. Dari kecik sampai besar asyik dok kena tanggung kan. Aku tak nak ah orang cakap "Tengok Effie tu kahwin. Mak bapak dia punya duit habis dia kerjakan." Aiyoo selisih okay.



Umur aku tahun nie dah nak masuk 25. Memang orang tua-tua cakap umur aku nie dah sedang elok nak berumahtangga. Tapi aku tak setuju. Umur tua tapi cetek dengan ilmu kehidupan dan ilmu agama wat apa? Biarlah aku dah betul-betul bersedia nak kahwin baru aku merancang peringkat seterusnya.



Ada kenalan aku baru umur 20 dah fikir nak simpan duit untuk kahwin. Pada aku memanglah tak salah. Tapi kematangan itu belum cukup. Apa yang aku nak sekarang nie, biarlah aku belajar hidup susah dulu. Biar bila aku dah kahwin, aku nak duit dalam simpanan aku cukup untuk support rumah tangga kiteorang selepas perkahwinan itu.



Buat masa ini, aku just nak beli barang untuk aku hargai dahulu. Aku bercita-cita nak beli kereta. Aku tahu korang akan gelakkan aku sebab mereka yang sebaya dengan aku dah lama beli kereta. Pada aku, kalau setakat ayah korang tolong bayar down payment kereta korang, korang tak yahlah nak bangga lebih. Ayah aku tak manjakan aku dengan kemewahan. Hidup kiteorang sederhana sahaja. Tak terlampau kaya. Aku benci orang kaya atas sebab-sebab yang tertentu.



Aku nak beli kereta yang aku suka, aku nak ada kerjaya yang boleh menjamin masa depan aku dan aku nak beli rumah. Benda nie boleh dilakukan perlahan-lahan. Aku pasti aku akan berjaya. Aku dah start simpan duit bulan nie. Setakat nie aku baru berjaya menyimpan sebanyak RM400. Aku harap ianya akan bertambah dari masa ke semasa.



Bulan nie aku nak buka akaun ASB. Hope ianya menguntungkan aku. Doakan aku ye korang. Setiap lubang untuk mendapatkan duit telah aku ceburi. Dan aku hanya perlu komited dengan setiap perkara tersebut agar aku akan bahagia kelak.



Sekali lagi aku nak cakap, aku akan berkahwin selepas kami betul-betul bersedia dan mengenali hati budi kami dan keluarga kami masing-masing. Biarlah aku tumpang bahagia dengan korang yang terlebih dahulu dah mendalami alam rumahtangga. Hope korang happy dan berkekalan sehingga akhir hayat. Masa aku akan menyusul tidak lama lagi.



Teruskan usaha untuk menabung Cik Effie. Salam!

4 comments:

roserose*MrsYusof* said...

Menabung dgn ASB?cepat2lah boleh kahwin..jgn lewat2 sgt..mcm kak long ni..

hana said...

erm..
semoga cepat tercapai cite2 ye..
hehe

Cik Effie said...

Kak Long: InsyaAllah. Memang niat tak nak susahkan sesiapa time kahwin

Cik Effie said...

Hana: InsyaAllah cepat atau lambat itu belakang kira. Yang penting merasa nikmat berkahwin tu tercapai. Target nak kahwin lagi 4 tahun. Tak kisahlah tua ke hape kan. Hahha