13 November 2010

Bila hati dilukai




Assalamualaikum semua. Thanx sudi membaca belog usang cik effie nie. Bila hati dilukai? Hmm tajuk macam gampang. Okay its just about people yang tak tahu nak respect hati orang lain.




Janganlah tunjuk lagak itu tinggi sangat. Tak kemana pun. Tak boleh nak dibuat bekal masuk kubur pun. Kadang-kadang yang betul-betul orang kaya tak pernah nak berlagak. Tapi bila part yang tak berapa nak kaya ni, dia punya lagak macamlah dia boleh beli dunia ni. Kalau dia tak beli barang, kita punya rugi macam apa kan!


Sebab apa saya cakap orang yang betul-betul kaya itu tak berlagak? Sebab memang hakikatnya macam itu. Nak tahu tak? Wife tauke besar Restoran Singgah Selalu yang memang tiap-tiap malam akan beroperasi dengan hebat, ramai orang, berdiri megah di depan Danga Bay itu pernah datang kedai tempat saya kerja. Dengan lemah lembut dia cakap "Assalamualaikum Dik, tolong carikan akak barang ni boleh?orang punya. Akak tolong belikan"


Bila part nak bayar, dia minta kurangkan harga. Tapi dengan syarat, jangan kurang banyak sangat. Kita orang meniaga nak kena sama-sama untung. Jangan kita saja nak untung. See that?


Ada seorang lagi aunty tu orang Singapore. Memang baik. Tiap kali datang mesti bawakan something. Tak kisahlah apa pun. Janji ada barang. Cakap pun baik saja. Tak ada nak marah-marah. Apa harga yang kita bagi, dia akan terima. Asalkan kita layan dia okay. My boss pun kalau setiap kali dia datang mesti bagi special price.


Bukan susah nak hormat orang. Saya memang jahat sikit. Kalau customer layan kita macam orang, saya bagi dia diskaun. Saya pun tak kisah nak tolong angkatkan barang ke apa.


Tapi kalau customer itu macam 'cipan' memang payah sikitlah. Cuba kalau korang. Dapat customer yang tengking-tengking kita, dapat customer yang berlagak, tunjuk pandai, marah-marah, semua nak cepat, korang sanggup ke layan? Sorry okay. i'm not that type of person yang tak tahu nak tunjuk rasa marah balik bila dah dihina.


Siang tadi ada customer tiba-tiba meluru-luru masuk dalam kedai so saya budget dia dah tahu segala serba serbi susun atur semua barang dalam kedai ini. Time itu saya tengah berbual dengan seorang customer sebab dia tanya macamana nak guna bahan kuih itu. So saya terangkanlah tanpa mempedulikan customer yang meluru-luru itu.


Tiba-tiba dia datang ke depan dan bentak-bentak tanya mana barang yang dia nak cari. Selepas menunjukkan kedudukan barang itu, dia pun pergi cari. Saya ingat dia tahu. Masa dia nak bayar, dia tiba-tiba marah. Dia cakap benda ini lain kali letak size. Susah nak cari. Saya cakap, kalau akak tak tahu, tanyalah elok-elok. Ini main serang saja.


Memang dah fed-up dengan perempuan itu. Masa dia nak balik, dia sound. Lain kali kerja dekat kedai macam ni, senyum sikit. Oh!What the....!!Dah habis lebar dah senyum ini. Dah habis ikhlas dah senyum ini. Saya bercakap pun sopan. Tapi kenapa dia cakap saya macam itu?


Saya dah mula angin sebab dituduh macam itu. Saya cakap, lain kali kalau nak suruh orang lain senyum dekat awak, awak tu tolong senyum sekali sebab saya malas nak senyum dekat orang yang sombong ni. Sedarlah sikit muka tu ketat. Nak tuduh orang lain muka ketat pula!Terus dia blah. Lantaklah nak cakap saya ni kurang ajar ke apa ke yang penting kau tu kena sedar diri sikit. Kerja tak seberapa. Gaji lebih kurang je. Memanglah kerja syarikat. Tapi kalau sebagai pencuci lantai je buat apa nak menyombong sangat!Okay saya tak salah..!


Tak habis dekat situ. Dia pergi pula mengadu dekat budak kedai stationeries sebelah. Oh!Dia cakap saya sombong. Then budak-budak a.k.a kawan-kawan saya backuplah. diaorang cakap saya tak sombong. Tapi kalau orang buat hal, berlagak dengan saya je saya akan sombong.!See that..!Jangan cari pasal dengan Cik Effie sebab mulut aku ni lebih longkang dari kau!


Bukan saya nak cakap semua customer macam itu. Tapi segelintir sahaja dah mencacatkan semua pemandangan saya. Janganlah nak berlagak sangat. Customer lain pun akan pandang serong dekat korang. Tak malu ke?

Pesan Cik Effie: Tadi kan, pakcik money changer belanja kami pizza. Siap boleh pilih sendiri then call sendiri. Dia bagi duit je..Thanx a lot pakcik!!

1 comment:

YuSeNzE - KniGhT said...

Adoi.. hmm.. xpe2 luahkan perasaan kat sini..
untuk pengajaran org len jugak..
cuma, sila jaga bahasa anda ;)