11 October 2010

Tolong jangan terlampau annoying boleh?

Dialog yang menyakitkan hati..

Situasi 1

Customer: Ada jual gambar yang letak atas kek tu tak?
Effie: Ada tapi dah lamalah so colour dia tak terang *menjawab dengan jujur
Customer: Eh nie ada nie hah!!
Effie: Memang ada tapi colour dia dah tak terang..dah lama..
Customer: Dik nie patung nie boleh kurang tak?singgit kan?
Effie: singgit?harga singgit lapan..takleh kurang sampai singgit..Unless lau amik banyaklah
Customer: banyak tu berapa?5 tu banyak tak?
Effie: Ada orang amik sampai 20 biji, saya bagi harga rm1.60 jerk satu..
Customer: Ouh lau 5 dapat tak RM1.60?
Effie: paling kurang lau nak sangat diskaun, saya boleh kurang seposen jerk r..

Bila dah siap bayar, salah sorang darinya berkata....

Customer: Awak nie tak boleh senyum ke?
Effie: Ouh saya tak senyum ke?Alahai tapasan pulak..Sebab biasanya lau orang senyum, saya balas baliklah senyum..sorrylah ek..okay nie balance..terima kasih bye!!


Situasi 2

Customer: Dik ada mangkuk polisterin yang sedang tak?
Effie: yang sedang dah habis tinggal 2 sizes jerk..besar and kecik..
Customer: tak saya nak yang sedang ada tak?
Effie: *tak cukup kuat ke cakap tadi* Emm tak ada yang sedang..tinggal besar and kecik jerk..
Customer: bagi r yang besar tuh..

Bila siap bayar, tiba2 customer masuk dengan encik husband dia..

Encik Husband: Nie mangkuk nie yang sedang tak ada ke?
Customer: Entah...!yang sedang tak ada ke?saya nak yang sedang..

Dua2 menjerit masuk marah2 dalam kedai..

Effie: Beb ko gi layan customer tu..panas hati nie..kang aku sunatkan lagi sekali dua-dua ekor tu kang..lau dia nak yang sedang, pulangkan balik duit dia rm7.40 and suruh dia cari kat kedai lain..


Situasi 3

Tengah nak kira semua harga yang customer beli, tetiba ada papan kek dengan esen limau atas kaunter..

Effie: Nie suma pakcik punya ke?*sambil menunjukkan seluruh kaunter*
Customer: ha'ah..cepat kira..

Tiba2 si customer menolak papan kek dengan esen limau tu..

Customer: Eh nie bukan..!jangan kira sekali..kang masuk barang orang lain..

1 jam kemudian

Customer: hey ada tak barang pakcik tertinggal kat sini?
Effie: barang apa ye?
Customer: Cake boardlah...buta ke??
Effie: setan punya pakcik *cakap dalam hati jer*
Customer: apa awak fikir??susah2 datang dari jauh beli barang nak kena patah balik!!!!
Effie: okay pakcik nie barang terima kasih datang lagi..Bye!!!*terus blah*


Situasi 4

Customer: Butter cap kerusi berapa satu kat sini?
Effie: butter cap kerusi tu apa?
Customer: alah yang ada tong atas kerusi tu..
Effie: ouh golden churn?RM7.90 sebuku
Customer: Ehh apasal sini murah kat sana mahal?Kat sana rm8.50..nape sini murah?
Effie: Cik nak saya tekan harga rm8.50 ke rm7.90?
Customer: RM7.90 lah..


Situasi 5

Customer: dik makcik nak tepung gandum bluekey 1 kotak..
Effie: okay jap ek saya amik..
Customer: RM13.50 kan?
Effie: Eh tak..RM15.50..
Customer: eh memandai lak awak nie..semalam saya beli RM13.50 apasal dah naik RM2 nie??Mana boss awak?saya nak wat aduan...memandai2 jerk letak harga..

*memanggil encik boss dengan hati menyumpah seranah*

Customer: Boss nie RM15.50 ke?semalam u bagi RM13.50..budak nie memandai2..
Encik Boss: Fi nie boleh ke bagi RM13.50?
Effie: Mana boleh uncle..itu namanya tolong belikan untuk dia bukan nak jual tu.
Encik Boss: Ouh tak bolehlah kak..Dia cakap tak boleh sebab costing semua dia yang kira..Lau akak nak RM13.50 akak boleh pegi Tesco..
Customer: *terus blah dan tak datang2 lagi*


Situasi 6

Customer: Loyang nie boleh bagi diskaun sikit tak?
Effie: *memegang loyang berharga RM28.00* Bolehlah kak..saya boleh bagi RM26 jerk..
Customer: Eh RM 26?kau nie memandai jerk..panggil boss..
Effie: *setelah 6 minit* okay kak boss bagi RM27.50 kurang lima posen jerk ek..itu harga BOSS bagi..ouh dengan lagi satu, harga kotak pizza nie dah naik seposen yerk..
Customer: Eh saya tak suruh awak tanya harga kotak pizza pun..harga loyang jerk kan..
Effie: Eh kak..kan dekat atas kaunter nie ada 3 cctv..nampak tu?*sambil tunjuk kat tv* segala2 serba serbi depan belakang akak kita leh record tawu..
Customer: Hmm kan dah..dengar cakap budak nie lagi bagus tadi *terus blah*


Kesimpulannya kat sini..Please jangan terlampau annoying okay..Kalau kita nak orang hormat kita, kita kena layan dia baik-baik..Kita mesti hormat dia juga..Tak salah pun and tak susah pun..Cuma kena rendahkan sikit lagak kita..


Mulut Cik Effie nie memang cam longkangs sket..Jangan wat hal dengan Cik Effie boleh?



2 comments:

Sasa Al-Sharif said...

takut nak komen tapi komen jugak.. abis la nanti kena dengan mulut longkangs cik Effie

Cik Effie said...

hahha..kelongkangan mulut nie tengok pada tahap keterlampauan si pembuat hal itulah..hahha..