16 October 2010

BB Cream Vs. Foundation



Salam Semua..Sorry dah lama tak update cerita baru kan..Busy sebab ada orang datang rumah..Itu yang tak sempat nak update tu..Okay entry kali nie fi nak cerita tentang BB Cream dan Foundation..Peringatan..Entry ini bukan hendak mempromosi sesuatu jenama..Sekadar pandangan peribadi sahaja...


Okay before this, semua orang tahu, foundation jika dipakai selepas memakai concealer, ia dapat menutup segala kekurangan pada muka kita bukan?Okay jujur fi cakap fi tak suka foundation sebab dia rasa sangat tebal dan sangat tak selesa sebab macam pakai topeng..


Foundation sesuai jika serasi dengan kulit kita..Fi pernah try, Silky Girl, Maybelline, Loreal dan macam-macam jenis foundation yang lain tapi masih kurang serasi..Bila kita berpeluh, kulit akan jadi berbintik-bintik dan berminyak..But kalau fi pakai BB Cream, fi tak rasa kulit tebal sangat dan apa2..Tak tahulah ia sebab kulit fi memang nak yang mahal-mahal ke apa..


Sekarang dah hampir 8 bulan fi pakai BB Cream from Elianto..Before this fi ada sumbat cerita pasal produk nie dekat entry lama..Ianya tidak terlampau mahal macam M.A.C atau Stage atau other makeup artist products yang lain..Cuma berharga RM40++..Lengkap dengan sunscreen SPF25, Mosturizer dan juga kaya dengan formula mengawal pengeluaran minyak pada kulit..


Bila fi pakai BB Cream, fi dah tak perlu nak pakai facial cream..Sebab ia ada mosturizer yang boleh membuatkan kulit kita lembap sepanjang hari..Sebelum nie fi tengah belajar..So selalu sangat pergi kelas jalan kaki..And jujur cakap before this kulit nie memang tak pernah dapat protection dari sinar ultra violet..So kulit akan cepat berminyak, berjerawat dan hitam..Tapi sejak pakai BB Cream, tak ada dah semua masalah itu..


Memang kulit fi jarang tumbuh jerawat..Tapi itu tak semestinya kulit kita tak layak nak dapatkan protection macam itu kan?Kebiasaannya, Foundation hanya ada mosturizer..Jarang jumpa foundation yang ada sunscreen..kalau ada pun mesti dah beratus habis..


BB Cream ini juga boleh dibuat sebagai make up based sama macam foundation..Cuma tidaklah sehebat concealer yang boleh menyamarkan kesan bintik-bintik hitam dan lingkaran hitam dibawah mata..Tips dari fi, kalau kita nak eyeshadow kita tahan lama dari pagi hingga ke petang dengan cuaca terik matahari ini, fi akan letak sedikit BB Cream di keliling mata selepas memakai concealer..Lepas itu jangan sapu bedak padat anda di kawasan mata..Terus memakai eyeshadow dengan warna pilihan dan ceria sepanjang hari tanpa perlu memikirkan eyeshadow korang itu masih ada atau dah bertempek-tempek..


So dah jimat dekat situ kan?Korang dah tak payah nak top up eyeshadow and korang dah tak payah nak pakai eye primer yang harganya juga mencecah puluhan ringgit itu kan?


Bila korang dah pakai eyeshadow yang blink2 or yang jenis colour terang itu, silalah pakai blusher berwarna pink atau orange peachy untuk kulit hitam manis okey..Lepas itu pakailah lip gloss berwarna pink atau peachy yang sesuai dengan anda..


Pesan Cik Effie: Jika kita nak pakai eyeshadow yang sarat, pakailah lip gloss berwarna nude sebab orang akan tertumpu pada mata kita yang cantik berbanding dengan bibir kita yang pucat..Seimbangkannya..

No comments: