Tapi aku agak pelik juga bila tengok roomate aku macam orang mati laki jerk..Mata sembab, makan tak lalu, tak nak mandi apa semua..Dok lah baca segala bala message2 cintan cintun dari ex dia nie..
Apasal aku tak macam itu ek?Sebab aku tak sayang ex aku atau sebab aku memang tak ingin dekat ex aku ke?Ouhh tak ada pula aku rasa macam itu..aku just terfikir kenapa aku tak pernah menangis bila ditinggalkan..
Sebab ibu aku pernah pesan.."sayanglah orang yang menyayangi kita bukan sayanglah paa orang yang kita sayang seratus peratus.." masa itu memang tak ada logiknya pun pada aku..Tapi bila first time ditinggalkan, baru aku dapat fikir..
Bila kita cuba menyayangi orang yang sayangkan kita, kita akan rasa kebahagiaannya..Sebab kebiasaannya orang yang menyayangi tak akan menyakiti kita..Hmm betul juga..
Kalau kita cintakan seseorang, jangan beri 100% kerana bila kita memberi 100% komitmen pada cinta, kita tak ada rasa cinta lagi pada diri kita sendiri..Sebab itu yang beri 100% cinta pada lelaki/perempuannya, time itu mudahlah syaitan menghasut..Kalau kita dah cinta mati kat orang itu, kita sanggup buat apa saja demi cinta..
Sebab itulah kita akan frust gila babun bila kita akan terputus ikatan dengan mereka..
Jangan bercinta sampai lupa kawan..Of course korang akan mengenali kawan-kawan atau BFF korang dulu dari si dia..By the time korang couple dengan si dia, korang mesti lupa kawan..Mulalah ada yang terasa hati..Kutuk mengutuk berlaku dan sebagainya..Walaupun pada asalnya dengan kawan itulah tempat kamu mengadu bila ada masalah di tempat kerja, bila result exam macam apa semua pada merekalah korang mengadu kan..
Bila dah lupa kawan, katalah perhubungan kamu dengan si boyfiee atau si girlfriend korang ini tiada lagi rasa cinta...pada siapa korang nak mengadu?Pada kawan-kawan yang korang buang itu ke?Sebab itu aku tak stressed bila clash sebab aku ramai kawan yang lagi penting dari diorang...
Menangis sampai bengkak2 mata pastu sampai nak buta macam dalam cerita Ibu Mertuaku itu sangatlah tidak sesuai okey!Korang menangis cam nak mati pun korang ingat ex korang itu menangis juga macam korang?Ciiitttpodddahhh lah nak menangis..Suka lagi adalah...
Tolonglah jangan nak imbas balik kenangan korang dengan ex korang itu..Tak payah nak fikir benda yang tak penting..Ini tak..Doklah baca message2 lama zaman2 indah yang penuh warna-warni korang dengan ex korang itu balik..
SMS yang korang baca itu masa zaman indah aja..Masa diawal perkenalan korang..masa diawal percintaan korang..Tapi tak semua yang terjadi itu indah..Tak semua yang berlaku itu tiada pengajarannya..Tiada sebabnya..
Beringatlah..Cinta sesama manusia susah nak kekal..Yang dah berkahwin boleh bercerai..Yang dah bertunang boleh putus..Yang dah couple boleh clash..Even cinta pada keluarga pun sukar nak kekal okay..Cuma satu cinta sahaja yang kekal..iaitu cinta kepada Allah!
so aku nak korang fikirkan semula..Kaji semula..Cinta korang pada ex korang itu terputus sebab apa?Bagi aku, kalau aku tak putus ikatan dengan ex aku, macamana aku nak jumpa yang sekarang ini??
Pesan Cik Effie: Jujur aku cakap, aku sayang dia kerana dirinya..Bukan kerana kerjayanya, bukan kerana keluarganya, bukan kerana apa-apa..Dengan dia, aku rasa apa itu kesedihan, kebahagiaan, kejujuran, keikhlasan dan sebagainya..
2 comments:
saya mencari cinta. bukan mencari lelaki. BHAHA. ciplak ayat LBS.
cayalah. cinta sesama manusia tak kekal~
sweet~~~~~~~ gud luck ye cik effie dg ehem22 =).. smoga kekal la cinta itu utk selama2nye =)
Post a Comment