18 April 2010

Tips untuk persiapan majlis perkahwinan



Kau nak kahwin ke Effie??Erkk belum sampai masanya lagi okey..Effie nak kahwin?Ouh tidak..!Banyak lagi benda yang kita nak buat before menjadi seorang isteri okey..Okey persiapan kahwin?Jom kita tengok..


Perkahwinan itu adalah sebuah ikatan yang suci..Seharusnya kita jaga..Seharusnya kita ambil berat..Bukan ambil mudah..Sebab apa?Sebab ramai yang nak kahwin tapi tak menyempat nak buat preparation segala bagai itu..Okey dekat bawah ini Effie dah listkan beberapa benda yang korang wajib ambil berat before getting married..

  • Bila korang nak kahwin, benda yang paling penting adalah restu dari ibu bapa..Bukan sebelah pihak sahaja..Tapi kedua-dua belah pihak..Ibu bapa yang penting..Kalau mereka dah setuju, baru teruskan langkah seterusnya..Bab saudara mara dok jeling-jeling dengan pilihan hati itu bukanlah tak boleh nak diambil berat langsung..Tapi korang jangan sebab mereka yang tak kenal betul dengan diri korang and pasangan korang, segalanya jadi hancur lebur..Kalau your parents dah bagi green light, teruskan sahaja..Itu yang penting..

  • Budget mestilah ada..Jangan sebab nak buat majlis meletup-letup, kehidupan korang after kahwin jadi kucar-kacir..Oh no no no okay..!Aii tak suka macam itu..Memanglah kahwin itu sekali seumur hidup *for most of themlah* tapi kehidupan korang after kahwin itu untuk menentukan seluruh perjalanan hidup korang..!Buat yang termampu..Ini tak..Orang buat dekat hotel dia pun nak buat juga..Orang lain itu lain ceritalah kan..Mungkin mereka mampu..Tapi kita ini mampukah??Think that!

  • Ini amaran untuk ibu bapa..Jangan sebab kita nak glamour, kita letak hantaran mahal-mahal..Ingatlah..Orang yang nak kahwin dengan anak kita itu baru nak hidup dengan duit sendiri..Inilah sebab utama kenapa orang muda zaman sekarang susah nak kahwin and suka buat maksiat..Sebab bila niat suci nak kahwin itu terpaksa ditangguhkan kerana wang hantaran terlampau mahal..Actually wang hantaran itu tak penting..Yang penting cuma mas kahwin okey..Itu yang paling penting.. Mas Kahwin pula zaman sekarang dah makin naik..Tengok macam Johor..Kau kerja apa sekali pun, mas kahwin tetap RM22.50 Tunai..Sah!

  • Okey ini untuk bakal pengantin..Bila persetujuan antara kedua belah pihak dah dibuat, mesti korang dah tahu kan berapa dulang balas berapa dulang..So list downlah apa benda yang korang nak buat itu...Jangan dok termangu saja..!Bila dah list down, kira budget untuk setiap benda itu..Itu penting okey!Jangan kau main beli saja sudahnya semua over budget...!!Oh no no no mak tak suka okey!

  • Minta bantuan daripada mereka yang pakai dalam hal menyediakan tempat persandingan, khemah untuk jamuan makan apa semua..Jangan kau main tibai saja..!Seelok2nya mintalah petunjuk dari mereka yang dah berkahwin tentang pilihan mana yang bagus and dekat mana nak cari semua itu..Jangan tanya aii okey..Aii belum kahwin..! *korang minta tolong saja..Duit sila hulur sendiri*

  • Bab makan ini paling penting..Effie dah banyak pergi kenduri kahwin yang tak cukup makan..Meanings nasi tak cukuplah lauk terkuranglah..Korang kena kira betul-betul berapa anggaran tetamu yang datang..Jangan kau buat kad kahwin untuk 500 orang kau sediakan makanan untuk 500 orang cukup-cukup!Hoh agak-agaklah yerk..Sendiri mau ingatlah..Takkan orang itu makan tak bertambah kan..

  • After that penyediaan baju kahwin, baju nikah, baju malam berinai dan semua baju-baju itu..Okey sekarang its very common okey kalau ada theme colour apa benda semua itu..And its also very common for the brides untuk sediakan semua kain pasang ke apa untuk semua saudara mara and si saudara mara pun very excitedlah kan orang bagi kain pasang free and nak mintak yang mahal-mahal..Apa kau ingat aku tokey Jakel ke hape?Aku tahulah ayah aku bersahabat dengan anak Jakel itu sebab dulu sama satu sekolah ke apa ntah..Yang kau emo kenapa Effie?Si saudara mara, di harap korang dapatlah menghulurkan sedikit sumbangan kepada bakal pengantin dalam menyediakan baju kalau korang nak pakai baju sama kan..Tahu tak yang mereka ini lagi banyak benda nak dibeli dan banyak nak pakai duit.Huh!

  • Bagi yang berkerja tetap, kalau korang dah budget nak kahwin lagi 6 bulan ke lagi setahun ke, silalah kumpul duit dan setiap hujung bulan dapat gaji itu tak payahlah nak enjoy sangat..Gunakanlah duit itu untuk beli barang-barang kahwin..So tak adalah terasa sangat yang majlis korang itu memerlukan duit yang banyak..

  • Lantiklah beberapa saudara-mara atau jiran yang boleh diharap untuk menjaga aturcara majlis korang..Maksudnya orang ini jaga bahagian makanan dan air..Orang ini jadi MC..Orang ini sambut tetamu..Hmm yang lain-lain korang fikir sendiri okey..Takkan aku nak terangkan semua..

  • Yang paling mustahak adalah lokasi korang nak kahwin, hiasan pelamin, hiasan khemah tetamu, goodies bag, door gifts dan apa-apa yang sewaktu dengannya..Huh orang datang kenduri kahwin ak tengok decorations sahaja okey..Lepas itu baru bab makanan..Lepas itu baru bab aturcara majlis..So decorations memang sangat penting..Pernah tak korang pergi rumah pengantin and tengok hiasan dia tak seberapa and korang nak kutuk2 ke apa?Jangan tipu okey..Hampir semua perempuan kalau tanya "best tak pergi kenduri kat rumah si ***?" korang mesti jawab gini punya "Hmmph bolehlah..Pelamin dia warna teruk..Crowded sangat!Umah si **** hari itu lagi cantik!" Huh!Pekebendalah korang nie..So decoration sangat penting..Jadi korang kena pilih siapa yang paling layak dan terbaik untuk hias segalanya itu

  • Ujian HIV, kursus kahwin dan yang sewaktu dengannya sila buat dengan serius..Ini bukan benda main-main..Jangan ambil mudah okey..Kalau dah kata suruh buat itu silalah buat...!

  • Buat checklist..!Checklist itu sangat penting untuk kita tengok bahagian mana yang kita dah settlekan and yang mana masih belum settle..Dengan sehelai kertas bernama checklist ini, korang boleh check semua perkara tentang keseluruhan intipati majlis yang akan diadakan..

Okey Effie rasa itu sahaja yang boleh Effie kongsi..Almaklumlah Si Tuan Rumah ini masih belum berkahwin..So yang selebihnya itu yang Effie tak bagitahu itu sila fikir sendiri okey..Yang nak kahwin ini semuanya dah besar panjang..Bukan budak kecil lagi kan..So fikirlah apa yang terbaik untuk korang..Dan jangan overbudget!

12 comments:

.:miss little raindrops:. said...

ehem ehem
tak lame lg sampai la seru tu..hihi :P

Cik Effie said...

hamboihh reine..effie tunggu die dulu bole?

.:miss little raindrops:. said...

die? spe? ehem
hehe

Chaon Cornerz said...

erkk.. abis neslo 3 cawan.. hahha.. tue la.. kalo tau budget tak cukup jangan nak gatal2 kawen lagi.. tunggu la betol2 kukuh.. bukan skrang je.. in future jugak.. planning tue penting bukan nak membazir je.. cari orang joho la.. hahha..

Cik Effie said...

cha'on::hahaha sila2 cari orang johor yerk

Cik Effie said...

reine::kiter tunggu reine kawen dulu okeyh..haha

aida said...

skrang kan effie...
yg plg pntg duit...

pak kata no money no talk~... hehehe

Cik Effie said...

Nina::tawu takpe nina..yang penting duit..yang lain itu boleh dibayar dengan duit..wahhh

Unknown said...

duit2..huhu..kerja oo kerja

Cik Effie said...

ecececeh cepat cari kerja skarang..

Unknown said...

cmno nak keje blaja tak abesh lagi..huu nak akwen..ecece

Cik Effie said...

ehehe so kena concentrate study dululah cik kak oii...panjang lagi masa and banyak lagi benda nak kena buat