27 April 2010

Saya memang anak ibu dan ayah



Seriously fi sangat pelik kalau orang-orang diluar sana yang tak tahu nak hargai ibu dan ayah masing-masing..!Memang nak kena sound r kan kalau dieorang lebihkan GF/BF yang still tak tahu lagi hala tuju itu berbanding dengan parents sendiri..

Kenapa kau emo EFFIE?


Hmm kenapa fi emo?Sebab korang kalau keluar dating, siap pegang-pegang tangan, nak balik siap salam cium tangan siap say bye, take care dan segala menatang kejadah itu semua tapi kalau dengan parents korang, korang buat tak macam itu?

Jujur cakap, fi memang anak ibu dan ayah sebab setiap kali nak balik dari JB to Perlis, memang akan melekat jerk dengan ibu dan ayah..1 day before nak balik memang ajak ayah dan ibu and adik2 semua pergi jalan2..Pergi makan dekat luar..Normally my bus nak balik Perlis memang pukul 9.00 pm sebab naik bas yang sama and dah naik kenal dah driver2 bas JB-Perlis okeyh..Haha..Bas ape?Tak payah..!Nanti korang rebut2 nak naik bas itu nanti fi tak dapat tiket nak balik JB pulak!

Bila hari fi nak balik from JB itu, ibu selalunya akan masak makanan kegemaran fi..Tak kisah apa2 sebab sebenarnya masakan ibu semuanya sedap2..Tak percaya?Sila tanya my aunties and uncles..Itupun kalau korang kenallah kan..Bukan ibu jerk yang masak sedap..Ayah pun pandai masak okey...Tiap kali raya, ayah akan masak nasi beriyani..Hmm disebabkan rumah atok belah ayah and ibu dekat Segamat, ayah kat area bandar, ibu dekat kampung, so ayah akan masak dekat rumah atok belah ayah and ibu akan masak dekat umah atok belah ibu..ehehe adil tak?

Fi lebih suka keluar dengan family..Sebabnya ayah memang suka bawak kiteorang jalan2..Tak kisahlah kemana sahaja..Nak kata dekat JB tuh mana shopping mall yang kiteorang tak pernah jejak?Kecuali LOT10 or JB Waterfront sebab before fi balik JB, mall itu dah tutup..Haha..

Banyak okey benefit dia kalau keluar dengan family..Antaranya, banyak cerita yang boleh dikongsi terutama kalau anak dia belajar jauh cam fi nie..Lepas itu, korang dah save duit tambang bas ke apa..Lepas itu makan for sure dah leh save budget..Hehe jahat punya anak kan..Haha takpe ayah..Nanti Epi dah kerja memang tiap bulan Epi belanja makan..Bukan cakap sahaja okey!!

Time keluar jalan-jalan. fi lebih suka jalan or nak shopping baju dengan ayah..Sebabnya ayah bila pilih, memang sekali sahaja..Dan pilihan dia memang cantik..Kalau ibu, sorry cakap..Tunjuk yang ini lawa,Yang itu lawa..Last2 "Jomlah kita cari kedai lain" =P

Fi suka jalan2 dengan family sebab ia boleh eratkan hubungan kita masing2..Boleh have fun..Fi tak malu okey bila dah besar2 panjang *erkk i noe i memang tak cukup panjang* still keluar dengan family lagi..Buat apa nak malu..Kerana merekalah kita ada di dunia ini..GF/BF korang itu lahirkan korang ke?????Tak kan!!

Actually my little brother pun agak tak kisah kalau keluar jalan2 dengan family..Tak macam lelaki2 yang gila macho kat luar sana rasa malu pulak bila keluar ngan family..Lempang nak?

Bila fi dari Perlis nak balik JB, orang pertama yang fi SMS adalah ibu dan ayah..Tiap kali stop mana2 mesti fi akan SMS mereka..Jujur cakap, selain dari SMS kawan2 orang yang selalu fi SMS adalah ibu..Ayah jarang sikit sebab ayah jarang reply message..Siyes weyh..Kalau fi taip panjang2, tanya khabar pastu kalau ujung message itu fi cakap kirim salam semua, mesti ayah akan jawab "OK" tak pun lately ayah selalu jawab "K" =P adoilah ayah ini...

Fi baru lepas SMS ibu ini..Nak tahu?Jap fi copy masuk sini..Sila baca:

Effie: Salam ibu..Ibu sihat?Aqil mana?

Ibu: Waalaikummussalam. Ibu sihat. Aqil ada ni tengah manjat kerusi. Awak bila exam? Buat betul2 pi..*pi or epi adalah panggilan dirumah*

Effie: Exam 2hb ini..Hujung minggu ni..Doakan okey..

Ibu: Hari2 ibu doakan awak dan anak2 ibu. Dah beli pulut hitam?*kiriman dari ibu yg harus dibeli di padang besar*

Effie: Dah..Pulut hitam yang bungkus besar 1kg epi beli satu...Harga dia RM7 sebungkus..Yang kecik2 tuh cari punya cari jumpalah yang 4 peket RM10..Kedai lain 3 peket RM10...Bu kan ada bubur yang ibu selalu buat itu yang warna-warni tu..Ibu ingat tak?Ada epi pernah beli dulu sebelum ni sekali dengan pulut hitam..Apa nama dia bu?

Ibu: Oh...tu nama dia bubur caca.buat pengat keledek ke pisang ke, letak sikit aje.dia cam sagu mata ikan jugak. X bole banyak2 kang pekat sgt.

Effie: Owh memang kena buat pengat ek bu?

Ibu: Ya.Dia bukn rasa apa2.Fungsi dia sama cam sagu biji tu.Kalau wat puteri mandi pun boleh gak.org klate panggil putih biji nangka.campur sikit, cantik aje warna warni.

Effie: Ouh okay2 nanti epi bawak balik rumah..

Ibu: Laaah budak ni.Dah beli tu tunggu ajelah balik rumah baru tanya.

Hehehe...I love my ibu very much...!!

2 comments:

Mis Erika said...

wah ank ibu n ayah..gud2 :)

e F F i e said...

mis erika: thanx..hehe fi memang anak ibu dan ayah..