08 April 2010

Fakta tentang BB Cream


Perhatian: Kita tak mendapat sebarang duit atau hadiah dari Elianto kerana apa yang akan ditulis dibawah adalah sebahagian dari apa yang kita pakai dan ingin kita kongsikan dengan anda semua




Salam semua..Okay entry kali ini kiter nak ceritakan tentang BB Cream..Mula2 sekali kiter nak describe sikit apa itu BB Cream..Mungkin masih ramai yang terpinga-pinga apa itu BB Cream..Kalau korang nak tahu BB Cream ini semakin famous sekarang sebab memang best bila pakai BB Cream..


Apa itu BB Cream?Okay maksud perkataan BB itu adalah Blemish Balm..Maksud yang lebih tepat dalam bahasa melayu adalah Balsam Cela...Penggunaan BB Cream ini bermula dari Negara Korea..Dari apa yang saya tahu, BB Cream ini telah digunakan oleh seorang artis Korea yang telah menjalani pembedahan laser..Beliau telal menggunakan BB Cream untuk proses pemulihan kulit dan sebagai penggunaan harian..


Okey cukuplah intro pasal BB Cream..Sekarang kiter nak kongsi sedikit tentang BB Cream yang kiter pakai..Bagi yang tidak tahu, kulit kiter jenis kulit kombinasi..Maksud kulit kombinasi adalah kulit berminyak dikawasan T-Zone iaitu di sekitar kawasan dahi dan hidung tetapi kulit agak kering dikawasan pipi..Memang susah bila kulit kiter berminyak dan lagi sukar bila kiter mempunyai kulit jenis kombinasi..

Bau dia sangat wangi..Dia ada extract lavender..kiter sangat suka bau dia..Yang kita guna ini code dia #02 Natural..50ml = RM49.00 tapi masa beli dapat less 20% so jadi RM39.20


Okay produk BB Cream yang kiter pakai adalah dari rangkaian Elianto yang dinamakan Elianto Miracle Multiplex BB Cream..Ia mengandungi SPF 25 PA+, Oil Control, Mosturizing and Brightening..Apa maksud dia?Okay kiter pun tahu cuaca di Malaysia tidak menentu sekarang kan?Kadang-kadang terlampau panas dan kadang-kadang ianya sentiasa hujan..BB Cream dari Elianto ini mempunyai SPF 25 yang bermaksud, ia mengawal cahaya matahari yang panas terik sebanyak 25 kali ganda..SPF 25 sesuai untuk mereka yang terdedah kepada cahaya matahari selama 4 hingga 5 jam setiap hari..Jadi bagii mereka yang gemar membuat perkara seperti berenang, bersukan di tengah padang atau terdedah kepada cahaya matahari yang terlampau lama digalakkan untuk mengguna SUNBLOCK yang ada SPF 50 dan keatas..


Selain itu, selama 2 minggu kiter dah gunakan BB Cream ini, kiter dapat rasai kelainannya..Muka kurang berminyak dan tahan hingga 5-6 jam..Ia juga ada mosturizer yang walaupun ia boleh mengawal pengeluaran minyak di wajah tapi ia juga mampu memberikan kelembapan yang berpanjangan..


BB Cream ini boleh bertindak sebagai alas make-up atau Foundation..So if korang guna BB Cream, korang da tak payah pakai foundation..Kalau nak tutup dark circle bawah mata and spots lain, just guna concealer and pastu sapu BB Cream..


Cara penggunaan dia?okay untuk siang hari, lepas korang cuci muka, sapukan toner/penyegar kemudian sapukan BB Cream..cara nak sapu, titikkan di beberapa bahagian seperti dahi, hidung, pipi, dagu dan bahagian atas mulut lepas itu sapu rata..tak payah tebal pun..Bila dah pakai BB Cream, kiter tak pakai Compact powder sebab BB Cream ini dah ada segala jenis benda yang kiter nak..Tapi bagi yang tak biasa tak pakai compact powder, suka hati koranglah ek..Tak pakai pun tak pe, pakai pun tak salah..Okay important thing is, bila nak pakai BB Cream, korang tak perlu sapu mosturizer after pakai toner..Sebab BB Cream ini dah ada mosturizer..So korang dah jimat 2 benda dekat situ..

Malam pula, korang just pakai toner and mosturizer before tidur so ia boleh melembapkan wajah korang bila malam hari..


So memang berbaloi if kiter pakai BB Cream..Selain ianya dapat menjadi alas makeup, ia juga boleh merawat wajah kiter..Try it if you want to and tell me the result..

P/S: kenapa kiter suka produk Elianto?nantikan entry mengenai sebab-sebab kiter suka produk Elianto pada masa akan datang..





Pesanan Penaja: Kulit masing-masing adalah berlainan..If kiter sesuai pakai produk Elianto, tak semestinya korang pun sesuai juga kan?So gunalah produk BB Cream dari rangkaian Jenama yang korang suka dan yang penting mestilah sesuai dengan jenis kulit anda..
 




 


4 comments:

admin said...

Dah lama hajat nak tinggalkan nota kecil di sini.. tapi shoutbox lari pulak... Hehehe.


Sepatutnya message panjang tu berbunyi macam ni:

"BLOGJOGGING"

hahaha,
www.stewardjohn.com

Cik Effie said...

selekehlah kamu..hehe...yelah nanti saya berjogging di belog kamu pulak..huhuii dah ada domain..jeles disitu

admin said...

Tak ape.. Kamu twinkle2 away terus dpt domain tu.. hahah

Cik Effie said...

hmm?twinkle2 away?hehe