17 March 2010

Tips untuk menjadi blogger berjaya

Okay memang kita tahu ramai yang ada blog tapi traffic korang low kan..okay saya ada beberapa tips untuk menjadi blogger berjaya dan terus dapat menambahkan traffic anda..

  • Gunakan url belog yang senang diingat dan mudah dihafal..kalau korang letak tajuk macam inibelognadya, inibelogsaya dan sebagainya yang ringkas dan membuatkan orang senang nak ingat..*sorry nadya and hanis sebab gunakan korang sebagai contoh* cuba korang letak nama macam ini..mycinderellashoes851.blogspot..sila jangan bagitau yang korang akan dapat ingat sepenuhnya nama url itu..*url ini dicipta semata-mata untuk contoh*

  • gunakan font yang mudah dibaca dan tidak memeningkan kepala..saya tidak tahu samada korang pening kepala atau tidak membaca belog saya..kalau pening, bagitahu okay..janganlah korang guna font warna kuning terang background warna hijau..tips saya,gunakanlah warna hitam untuk background warna cerah dan gunakanlah warna putih untuk background yang gelap..jangan seksa mata pengunjung belog anda..sumpah this is the last time i view ur belog *kata pengunjung*

  • Tajuk entry mesti relevan dengan isi-isi dalam entry korang..ini letak tajuk saya jatuh motor tapi cerita dalam dia korang cakap yang hari ini saya masak nasi lauk ikan..dan ikan itu dibeli di pasar borong belakang rumah saya..apa punya entry entah..

  • Gunakanlah ayat penuh..jangan terlampau ringkaskan perkataan2 korang itu..contohnya seperti ayat ini.."wei hari nie ak g psr mlm jln kaki..kewl giler siot jln kaki dkt area tuh" atau ayat ini "akuh sahyang kahmuh" apakah jenis bahasa korang guna tu?orang yang baca pun nanti tersekat2..separuh jalan baca terus blah..nak ke macam itu?lagipun kalau kita ada letak entry pasal tips2 kecantikan ke apa ke, sure ada orang akan cari entry2 tersebut dekat Google atau Yahoo atau search engine yang lain..Cuba bagitahu ada tak orang taip "tips nk jga muke?" bagitahu sikit ada tak??

  • Okey yang ke lima adalah,sila letak tajuk yang agak gempak..baru orang akan ada hati nak baca entry korang..biar tajuk itu ringkas tapi gempak..

  • Letaklah gambar yang menarik..ini tidak..gambar yang blur pun diletak..biarlah gambar itu sedap mata memandang dan sesuai dengan tajuk entry korang..letak entry jatuh motor tapi gambar letak lauk ikan masak kicap yang korang masak..

  • Jangan tunggu orang view page korang tanpa berbuat apa-apa..maksudnya jangan harapkan orang lain memblogwalking belog anda...tips dari saya, rajin-rajinkanlah diri anda untuk memblogwalking belog mereka..tidak tahu mana nak cari alamat belog?joinlah GengBlogger sekarang..!Bagi mereka yang tergolong dalam kategori yang ketagih blog, silalah join GengBlogger..anda tidak akan rugi..dekat situ kita dapat mengenali blogger2 yang lain yang selama ini tidak kita ketahui kewujudan belog mereka..Anda boleh mencari entry mengikut label yang telah di ping oleh rakan2 GB..bila dah view belog mereka, hindarkan diri daripada hanya menulis ayat "blogwalking" tapi tanpa membaca keseluruhan isi2 belog mereka..Memang saya akui saya akan tulis "blogwalking di choutbox or cbox or apa2 di belog mereka tapi saya akan membaca entry2 terbaru mereka dan kadang-kadang kalau rajin saya akan baca entry2 lama mereka..itulah baru dikatakan blogwalking..maknanya korang memang betul2 berjalan dekat belog dieorang..

  • Okay kadang-kadang kita lihat ada yang menulis lirik lagu di dalam belog..bukan perkara yang salah..tapi lirik lagu itu mestilah lagu terbaru atau yang terhangat dipasaran..jarang orang akan search lagu2 lama atau lagu-lagu yang tersangat familiar di Search Engine okey..contoh lagu-lagu yang tidak perlu diletak di belog adalah seperti Negaraku *semua rakyat Malaysia tahu lagu itu kecuali korang ada rakan oversea* dan lagu Tepuk amai-amai *kecil-kecil lagi dah pernah dengar kan?*
  • Buatlah perenggan di entry anda supaya memudahkan orang nak baca dan kalau benda-benda penting itu sila highlight dan bold atau dibesarkan atau sebagainya supaya orang tidak terlepas pandang
Okay efi rasa setakat ini dahulu tips kali ini..Jadilah blogger yang berjaya daripada menjadi blogger yang sia-sia yang belognya tidak mendapat sambutan yang hangat..Have a good day everyone











No comments: