Ramai yang tahu sekarang nie tengah musim panas dan kering..jarang sangat hujan..akan tetapi harus diingatkan bahawa kurangkan minuman berais..minumlah air suam dengan banyak untuk mengawal dehidrasi tubuh badan..
Jangan malu untuk minum air putih di restoran atau gerai makan ini kerana, kajian telah menunjukkan jika kita kerap minum minuman berAIS selepas makan, ais akan membekukan makanan berminyak yang masuk ke dalam badan kita dan menyebabkan proses penghadaman makanan berjalan dengan perlahan.
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.
3 comments:
marilah kita ramai2 minum air suam
btol 2...nurangkan minum air batu...
ehehe tepat sekali tapi ma minum gak..
Post a Comment