kalau dulu kita cuma ada friendster..saya ingat lagi saya start main friendster sejak 2003..dan sekarang dah 7 tahun saya join friendster..dulu dekat situlah saya curahkan segala perasaan, update background, letak macam2..memang tersangat2 bersemangat..jumpa kawan- kawan saja mesti tanya "kau ada friendster tak?"
dalam masa yang saya join myspace pula..dekat sini lebih ramai kenalan, boleh bertemu dengan artis underground dan sebagainya..first time saya kenal YUNA time dia menyanyi lagu POLAROID..sampai sekarang lagu ini belum lagi famous dekat radio..seingat saya masa tu tahun 2008..belum lagi terkenal dengan lagu DAN SEBENARNYA..
Bila dah lama tak aktif friendster, saya cuba2 join blogger..blogger boleh tolong kita buat duit juga..contoh macam kalau korang nak jual gelang, baju, tudung, and sebagainya, blogger adalah salah satu cara terbaik untuk mempromosikan produk kita..dengan blogger saya dah dapat sekurang2nya RM100 sebulan dengan hanya join nuffnang..nuffnang membolehkan kita mempamerkan iklan2 di blog kita..memang berbaloi kalau anda cuba..tak rugi sebab tak dikenakan bayaran..
sekarang saya hanya aktif facebook, tagged dan twitter..blogger akan dikemaskini dari masa ke semasa..jika anda ingin mengajukan sebarang pertanyaan mengenai website diatas sila komen saya
No comments:
Post a Comment