24 February 2010

Warna- warni



Ada orang tanya kenapa saya sukakan barangan yang berwarna- warni.. okey sekarang saya jawab persoalan anda.. saya sukakan barangan yang mempunyai pelbagai warna kerana ianya dapat menghiburkan hati saya ketika sedang bersedih.. ianya dapat menghiburkan saya ketika sedang bersendirian.. ianya dapat membuatkan diri saya unik.. dan warna2 tersebut dapat melambangkan diri saya sebagai seorang yang mempunyai pelbagai sifat bergantung kepada mood saya..

okey kat sini saya berikan contoh barangan saya yang berwarna- warni.. ia adalah alatulis yang sangat saya sayang.. walaupun kadangkala dakwat dah habis tapi saya tak suka buang sebab sayang sangat..(unless kalau dah terlampau banyaklah)..Pertama sekali adalah bekas pensil..saya memilih bekas pensil yang diperbuat dari bahan kain kerana ianya boleh diregangkan dan boleh memuatkan hampir kesemua alatulis saya..



Bekas pensil ini dibeli di Pasar pagi Perlis dengan harga RM4.00 sahaja.. Dapat tengok kan.. Bekas pensil je dah warna- warni.. Okey yang kedua adalah keychain.. saya suka beli keychain yang unik contohnya seperti ini.. Sebuah keychain berbentuk katak berwarna merah jambu.. barangan bermotifkan katak memang saya suka..(but please don't gimme the real one..i'm scared of it)..Keychain ini saya beli di Kedai Cenderahati Zhambala di Taman Sri Wang Fasa 2 Perlis..Kedai ini juga menggubah hantaran perkahwinan, Gubahan bunga dan ukiran buah- buahan..it's one of my favourite place to find unique keychain and gifts.. owh FYI keychain ini ada partner die..gambar katak juga tapi warna hijau.. but it's for my PAPA..


 

Okey sekarang saya akan tunjukkan alatulis saya.. untuk pengetahuan anda semua kesemua dakwat pen ini adalah berwarna biru.. Pen ini cuma berharga RM1.20 setiap satu keluaran Faster (Faster Ball Pen CX818 S-Fine BLUE)



Now for the highlights.. saya suka highlight setiap nota2 yang penting dengan menggunakan warna- warna terang supaya ketika hampir waktu peperiksaan, saya tidak akan terlepas pandang perkara2 penting tersebut..


Okey sekarang saya dah tunjukkan hampir kesemua alatulis saya.. ada lagi yang tak tunjuk but rasa yang lain tu lebih kurang dengan yang lain..dekat atas tadi saya dah mention kenapa saya suka pencil case dari bahan kain..sekarang inilah buktinya..



Ia akan jadi gemuk seperti ini setelah dimasukkan kesemua alatulis yang lain seperti stapler, pemadam, pembaris, calculator dan Pencil Lead..and it's done..!


p/s:amik kau..skema giler ayat aku

2 comments:

Cik Effie said...

mama sangat suka katak..

Cik Effie said...

papa syg..m memang suka katak tapi ma alergi the real one..