Assalamualaikum,
Rindunya nak baking. Rindu nak bau esen vanila satu rumah. Rindu Ramadhan sebenarnya. Rindu sangat. Rindu nak balik awal. Rindu nak menyiapkan juadah berbuka puasa dengan housemate. Rindu nak angkut segala macam makanan dari bazaar ramadhan.
Kalau tahun lepas aku pertama berpuasa sebagai tunangan orang. Tahun ini In Shaa Allah bertukar status lagi. Kalau tahun lepas kiteorang masak beramai-ramai dan berbuka puasa beramai-ramai, tahun ini In Shaa Allah cuma bertiga sahaja. Kalau tahun lepas aku cari baju raya untuk diri sendiri, tahun ini kena fikirkan yang lagi dua orang ni. Cepat betul masa berlalu.
Hari ini dah masuk 4 Rejab. Dah tak lama lagi dah kita akan bertemu Ramadhan kembali. Rindunya!