Assalamualaikum,
English? Malay? English?
Aku dibesarkan dalam culture dimana kebanyakan ahli keluarga aku especially my aunties, uncles and cousins from my dad side yang selalu speak in english. Justttttt a simple-basic-everyday english.
In fact nowadays some of my cousin from ibu's side pun ramai yang fluent in english. Not like me. Aku main taram je. Yang penting aku berani nak berbual in english. Bhahaha. Maybe sebab masa aku kerja part time dekat kedai barang kuih tu lagi kot aku dah biasa speaking dengan boss. Haaa sebab tu boss sayang aku lebih. Hohoho.
Tambahan pula masa kerja dekat Comintel, almost all of the Chinese staff especially for the bosses, memang akan speak in english. Kau jawab dalam Bahasa Melayu pun kau akan dibalas dalam Bahasa Inggeris juga. So sampai dekat Lam Soon, aku dah terbiasa speaking masa call suppliers/branches/bosses.
I'm not that fluent. Banyak lagi yang aku kena belajar. Tapi remaja zaman sekarang ni aku tengok dieorang cuma pandai berbahasa inggeris bila menyanyi lagu Inggeris. Tak bolehlah macam tu. Sebab lirik lagu dalam itu pun bukan semuanya dieja dengan perkataan yang betul.
Beranikanlah diri untuk berbual dalam bahasa inggeris yang mudah dengan rakan sebaya. Bila dah lama-lama kau akan jadi terbiasa. Senang untuk kau mohon kerja nanti. Sebab ramai yang aku tengok sekarang ni failed interview hanya kerana tidak boleh berbahasa inggeris. Macamana dieorang nak nampak kau yakin atau tidak?
1 comment:
Cuba buat entry in English. Mesti best.
Post a Comment