H.I.J.A.B
Definisi Hijab
Hijab dari segi bahasa ialah benda yang menutup sesuatu dengannya. Ia adalah kata terbitan daripada kata akar 'ha-ja-ba' yang bermakna untuk tudung, untuk tutup, untuk tabir, untuk lindung.
Hijab dari istilah atau syarak ialah seluruh pakaian sopan bagi wanita Islam. Selain itu, skarf kepala. Ia adalah sesuai dirujuk sebagai khimar. Sejenis tutup kepala yang mana kain berbentuk empat segi lalu dilipat menjadi segi tiga. Seterusnya diletakkan di atas kepala dan diketatkan di bawah dagu.
Sesetengah negara yang berbahasa arab dan negara-negara Barat, perkataan hijab selalunya merujuk kepada penutupan kepala dan badan wanita. Tetapi dalam Islam, hijab telah diberi erti yang lebih meluas iaitu kesopanan, bersendirian dan akhlak. Dalam al-Quran, tudung disebut sebagai khimar.
sumber dari SINI
Hijab itu bukan sekadar menutup aurat.
Hijab itu bukan sekadar melabuhkan tudung.
Hijab itu bukan sekadar menutup dari segi luaran.
Hijablah dalaman anda dengan sifat taqwa dan perasaan malu.
No comments:
Post a Comment