14 February 2014

Baiti Jannati

Assalamualaikum.

Dalam kereta mata melingas kiri kanan sampai pening kepala.
Dekat rumah tunang Whatsapp tanya itu ini. Ini okay tak? Itu okay tak?
Dekat office aku Whatsapp tunang tanya itu ini. Ini okay tak? Itu okay tak?

Susah wehh nak cari rumah!
Apatah lagi nak cari rumah yang macam aku nak ni...

1. Haruslah rumahnya tak ada orang lain duduk sekali.
2. Rumah teres 2 tingkat pun boleh. Setingkat pun boleh.
3. Harga nak bawah RM1300 sebulan.
4. Kalau boleh nak duduk dekat kawasan kejiranan melayu.
5. Kalau boleh nak dekat dengan kawasan taman permainan dan sekolah.
6. Kalau boleh nak dekat dengan jalan utama untuk pergi kerja.
7. Nak area Shah Alam or paling jauh pun Bukit Tinggi.
8. Tak nak dekat dengan uni or dekat dengan kilang2.
9. Tak nak dekat dengan kawasan warga asing.

Weekend ni pun nak spend the whole day round cari rumah. Manalah tahu tuan rumah tak iklan dekat mudah ke iproperties ke kan.

Hmm peninglah juga sebab tunang tak nak duduk apartment or flat or kondo or yang penting rumah yang tak jejak ke tanah ni. Susah kalau family nak datang. Katanya! Aku tak kisah sangat. Even dekat rumah sewa aku sekarang pun okay je. Gated. Guarded. Ada playground. Ada surau yang memang hampir tiap malam ada tazkirah. Rumah pun besar dan selesa. Cuma tak de kosong. Takkan aku nak suruh budak rumah aku pi sewa tempat lain kottt.

Aku ada masa lagi 2 bulan je ni untuk settle hal rumah. Bila dah ada anak ni, lagi pula dia dah sekolah, memang macam-macam kena fikir. Nak cari sekolah lagi, pengasuh lagi. Silap haribulan kena ambil pembantu rumah. Oh no! Tak rela aku. Susah payah ke, terlangkup kain baju tak berkemas kat rumah ke memang seboleh-bolehnya aku tak nak ada pembantu rumah. Bukan downgrade. Tapi hakikatnya mengemas itu menjadi tanggungjawab aku! Penat ke apa kena buat sama-sama. Haaaaa.

Bagi sesiapa yang tahu ada rumah kosong dimana-mana kawasan yang boleh kata reasonable untuk aku sampai office kat Glenmarie kurang dari satu jam setiap pagi, sila email aku okay!

afifah.anwar@yahoo.com

No comments: