Assalamualaikum,
Actually penyakit malas ni memang dah lama bersarang dalam badan ni hah. Sampai dah berkampung dah beliau kat dalam badan. Tapi aku still lagi mandi makan semua tu. Itu memang tak malas.
Malas? Kategori kronik dah kot. Sampaikan malas nak ambil tahu hal orang, sampai malas nak menyibuk hal orang. Malas nak jawab pertanyaan orang. Orang tanya sepuluh kali, kalau aku rasa soalan dia tu berkait sampai yang kesepuluh, aku jawab yang last sekali tu lah. Haaa boleh?
Nasib baiklah kerja aku sekarang ni tak membosankan berbanding zaman dahulukala. Adalah jugak keluar dari office pergi stock count bagai. So tak lah nak kata aku terperap dalam ni ke apa kan.
Tahap kemalasan aku sampai malas gila nak masak dekat rumah. Dah terbiasa masa adik aku ada kt rumah Shah Alam, dia yang jadi tukang masak since apa yang dia masak lebih kurang sama macam ibu masak kan. Tu yang bila dia sambung degree terus aku jadi malas nak masak tu. Kalau housemate aku masak, aku makan jelah. Aku dah kata dah bab makan memang aku tak malas.
Adik dah takde, bilik tu aku duduk sorang. So kesimpulannya rak baju aku semua dah jadi double. Maka dengan itu baju-baju aku semuanya aku gantung fresh dari ampai kain. Haaaa boleh? Kang aku lipat kang tetap juga nak dipakai balik kan? Alasan mengalahkan menteri.
No comments:
Post a Comment