Assalamualaikum,
Alhamdulillah kehidupan semakin bertambah baik.
Tempahan Cookies pun makin meningkat. Alhamdulillah sekali lagi. Syukur. Walaupun terpaksa melalui beberapa rintangan tapi di akhirnya, aku tetap berasa lega. Past few days aku terlampau busy sampai tak sempat nak sentuh tepung pun. Dan malam ini Insyaallah aku akan mula membuat biskut kembali.
Setakat ini setiap customer yang order semua memberikan kata-kata yang positif. Dan ada juga yang repeat order. Thanks again. Tapi dua tiga hari lepas ada seorang customer yang memberitahu bahawa cookies yang aku hantar padanya itu sedikit berbeza dan kurang sedap. Mungkin disebabkan oleh chocolate chips yang aku gunakan sekarang. Hmm so aku terpaksa buang semua adunan yang telah aku buat itu. Hmm dugaan memang tidak dapat diduga. Pengajaran itu penting. Biar kita melakukan kesilapan. Dan biar customer menegur kita tapi jangan kita mengulang kesilapan yang sama itu.
Kehidupan semakin sibuk. Business plan. Business chart. Accounts. Funds. Segalanya tentang bisnes. Aku benar-benar berharap agar aku komited dengan bisnes ku yang satu ini. Memandangkan tahun ini kita berpuasa seawal bulan Julai, so aku merancang untuk mengeluarkan sampel-sampel biskut raya pada minggu terakhir bulan Jun. Nantikan ye!
Bagi mereka yang masih tertanya-tanya dimana nak dapatkan info tentang The Whimsical Oven dengan lebih lanjut, anda boleh
Like Facebook Fanpage The Whimsical Oven dan juga
Follow Blog The Whimsical Oven.