Alhamdulillah.
Rezeki itu datangnya daripada Allah SWT. Kalau dah ianya termaktub menjadi rezeki kita, tidak ada seorang umat pun yang akan dapat menghalangnya. Sekurang-kurangnya, dapatlah aku mencari rezeki yang lebih untuk musim perayaan ini. Thanks semua yang percaya dengan aku.
Sejak dari awal minggu ini, kehidupan aku memang terlampau busy. Pagi aku bekerja seperti biasa. Petang beli juadah berbuka. Malam keluarkan butter untuk buat adunan biskut raya. Busy mengalahkan Perdana Menteri. Tapi dalam kesibukan itu terselit juga sedikit keriangan disebalik semua penat lelah. Puas hati dengan hasilnya dan berpuas hati dengan segala-galanya. Alhamdulillah.
Tahun ini aku mula memperbanyakkan pilihan. Tambahan 2 jenis biskut iaitu Cornflakes Madu dan Biskut Suji. Mudah dan pantas. Itu yang aku suka. Ramai yang tertanya-tanya. Aku ada masuk kelas memasak apa-apa ke? Hmm jawapan aku, tak semestinya orang yang tidak belajar memasak itu, tidak tahu masak.
Orite. Its time to go back. Plan nak ke Giant sekejap and after that singgah bazaar ramadhan and after berbuka puasa, nak start buat kuih raya. Almond London! Here I Come.........!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment