01 February 2012

Make over.

Assalamualaikum.
Lama tak update kan? Masih adakah manusia yang ingin membaca entry Cik Effie? Hopefully ada. Bila dah lama tak update, otak pun jadi tepu. Jadi macam tak tahu macamana nak start. Kan kan kan?

Hurm last few weeks, rumah Fi ada stalker. I mean real stalker. Dia siap buka tingkap dapur kiteorang dekat dapur. Since that, memang takut juga nak duduk rumah seorang diri. Nekad gak nak pindah. That time happened before CNY Holidays. Mula-mula dulu ada my roomate almost dicabul time ambil air sembahyang. Actually itu salah dia juga sebab biarkan pintu terlapang tak bertutup. Usahkan nak kunci. Jerit kuat gila. Time tu fi baru balik kerja. Second time tingkap kena buka. Memanglah dapur tu dekat luar ada ampaian but if fi yang pendek nie pun boleh tinjit sikit and sampai nak tolak tingkap tu, inikan pula orang lain kan.

Memang malas nak cari rumahlain sebenarnya. Fikirkan penat nak pindah randah, sewa yang mahal, Fi stay je dekat rumah tu. Sewa kiteorang murah. Bawah RM100. Untuk bilik Filah. Sebab share dua orang. So jadi RM95 seorang. Bil pun belas-belas je pun. Rumah pun kira besar. Nama je flat. Ingat weekend nie nak panggil plumber untuk betulkan paip dekat sinki yang patah and salur air yang tersumbat tu.

Hari Ahad lepas kami bertiga (Fi, Fateen and Akma) gasak mengemas rumah. Fi bawa langsir dari JB. Langsir arwah Atok Abah fi dulu. Bila dah pasang langsir baru gantikan yang koyak-koyak tuh, buang segala benda yang tak patut disimpan, jadi sayang pula dekat rumah itu. Fateen rumah bangla pun kalah sebelum nie. Barulah nampak macam rumah anak dara kan. Hahha. Langsir dah tukar jadi ceria sikit. Langsir lama tu basuh2 gantung dekat tempat pembahagi antara dapur and ruang tamu.

Kerusi sofa tu tarik tolak ke tingkap sikit betul-betul selari dengan tv. Kertas surat khabar lama dah dibuang. Tinggalkan habuk je. Karpet dah dibentang. Tunggu meja makan je. Meja makan dalam next week kot sampai. Bilik fi pun dah bersih. Barulah nampak yang bilik tu luas sebenarnya. Roomate baru hari nie nak pindah masuk. Seronok pula tiba-tiba. Jangan bersepah sudah kan.

Fi nak cari almari sebenarnya. Tunggulah gaji bulan dua nie nanti. Cari almari biasa-biasa sudah. Ke ada orang nak jual kat fi yang bawah seratus tapi second hand and masih elok lagi? Ada tak? Bayar 3 kali boleh tak? Hahha. Sebab sekarang fi letak baju dekat rak. So sangatlah tidak kemas. Susun elok pun jadi sakit mata memandang. Yelah. Kena pula baju yang belah dalam-dalam tu jadi bahan pameran lak kan. Any idea nak beli barang perabot yang murah-murah dekat area Shah Alam tak? Email me okkay. Heartosoultalk@yahoo.com.

Sekarang mahu kumpul duit untuk membeli mesin basuh dan rak dapur. Hmm nak cari yang plastik takut tak kukuh. Nak kayu takut anai-anai. Kang amik besi takut karat disebabkan mesin basuh sekarang nie problem. Air melimpah ruah sebab hos salur air bawah tu patah. Patah okkay bukan tercabut. Dah tuh kalau basuh baju memang gedegang gedegang bergegar satu blok. Hahha terus tutup lampu malu takut orang nampak siapa yang basuh baju tuh. Hahha.

Okkay dah dapat confirmation. Meja makan RM100. Hurm sharing is caring rite. Hehhe so sorang dalam RM20-RM25 lah. Hurm tinggal mesin basuh je nie. Nak yang auto tapi tak mau besar-besar. Sebab bukan nak basuh baju satu family. Basuh sorang-sorang kan.

Maybe dalam bulan 4 fi nak beli oven. Sebab bulan 7 nak buat biskut almond london. Mahu jual macam tahun lepas. Hurm. Excited tetibe. Hahha. Dah kemas rumah tu barulah rasa macam inilah rumah betul. Bukan macam rumah tumpangan sang "abang adesh" dah kan. Okeh till meet again. Daa

p/s: sorry tiada gambar untuk entry ini. tak sempat nak ambil gambar rumah. excited sangat nak bercerita punya pasal. hahha.

No comments: