Assalamualaikum semua. Hope korang sihat and ceria hari ini. Hmm nak cerita satu benda kelakar tapi nak kena cari facts dia pulak..Kelakar tapi kena ada facts?Hmmmphhh
Hahha rasa ramai yang dah tahu my lil sista kerja dekat area tempat kita kerja kot ek..Emm so bila dah kerja dekat-dekat, for sure lah lunch sama-sama..Okay kebetulan jalan yang kami nak lalu itu memang ramai orang..Maksud fi jalan tu tak sunyilah..
So by the time kami lalu (actually bertiga termasuk dengan seorang kawan fi) adalah suara-suara sumbang..
Suara sumbang: Awak. Adik beradik ek?Okay itu baru situ..Baru satu tempat..Bayangkan kalau korang lalu dekat deretan kedai yang memang ramai lelaki sebab banyak workshop pastu ada suara-suara tanya.
Suara tak sumbang: A'ah adik kita.
Suara-suara: Kau kembar ek?
Suara saya: A'ah..Kembar lain tahun.
Hmm sampaikan makcik-makcik yang kerja dekat kedai makan yang selalu kiteorang pergi itu pun tanya soalan lebih kurang macam ini..
Puan Makcik: Awak ni kembar ke?
Cik Effie: Tak adalah..
Puan Makcik: Dah tu rupa sama..
Cik Effie: Laa dah seperut..Samalah gen dia..
Puan Makcik: Awak kembar ke?
Cik Effie: A'ah kembar tiga tahun asing-asing..
Seriously memang dah tak tahu nak jawab apa dah bila orang tanya macam itu..Sampaikan ada Miss apa ntah nama dia buat facial dengan Najwa pastu dah siap tu, dia datang kedai beli barang kuih..Dia tanya macam ini....
Miss: You ada kembar ke?
Effie: Tak ada.
Miss: I macam nampak you dekat sanalah tadi.
(sambil menunjuk kearah tempat kerja Najwa yang jauh itu)
Effie: Eh mana ada saya pergi sana (lurus)
Miss: You ada pakai ilmu apa ek manyak cepat sudah sampai.
Effie: That one my sisterlah Miss..Not me!
Miss: Hahha..Patutlah you pakai speck!
Effie: Erkkk!
Pagi tadi fi pergi Sri Bayu Restaurant kat sebelah tempat kerja Najwa. Ouh okay..Lebih kurang 4 orang jugaklah yang tanya kiteorang kembar ke?Hahha terkejut okey!Tetiba femes hanya kerana muka sama ngan adik..
Antara pertanyaan dieorang ialah:
Orang Sri Bayu: Awak ada kembar ek kerja dekat sebelah?Disebabkan macam agak tidak puas hati bila orang cakap kami kembar, okay sekarang saya nak tanya korang..Sama ke muka kami?Mana boleh sama..Mesti ada beza sikit-sikit..
Orang Dairy Master: Taklah..Itu adik kita.
Orang Sri Bayu: Adik kembar ke?
Orang Dairy Master: Eish mana ada kembar..Bawah kita ada lagi sorang adik..
Orang Sri Bayu: Ouh ye ke?Jauh ke beza umur?
Orang Dairy Master: Sikit je..Adalah dalam 7 tahun gitu..
Orang Sri Bayu: Eh awak umur berapa?
Orang Dairy Master: kita dah 25 dah tahun nie..Dia baru 18 tahun baru pas SPM..
Cik Kembung
sista!
Pesan Cik Effie: Encik Bakal cakap mana boleh sama..Nanti dia tertukar!Hahha ngok!
4 comments:
alamak!! yang mana 1 cik effie sy nih?? hahha..
x sama la.. satu biru satu pink.. kah2..
hahahaha effie pom kne.
mse tyah dgn adah blajar keta "cikgu2" tat situ sume tanye "awk kembar eh.?", kdg2... "mne 1 adeq, mne 1 kakak"
huhuhuhhhu.....
Yus: Hahha sengallah...
Tyah: Hehhe mak long cakap,kalau muka lain-lain, ikut muka sapa lak kann..hahha
Post a Comment