28 January 2011

20 Real Things About Afifah Anwar



Assalamualaikum. Cik Effie kau nie sebenarnya.......


  1. Tak suka makan desserts manis tapi suka buat desserts manis
  2. Seorang yang suka gila makan mee and kueytiaw. Tak kisahlah mee goreng ke, hailam ke apa-apa saja.
  3. Tidur pakai bantal?Memang bukan fi lah orang itu. Before tidur memang beriya dok susun bantal mana nak peluk mana nak letak kat kepala mana nak buat hadang tepi katil dan sebagainya. Sudahnya esok pagi of course bantal entah kemana.
  4. Selimut pun tak suka. Sebab rimas. Unless kalau memang dah sejuk tahap salji pun terketar-ketar nak turun itu for sure fi akan pakai selimut. TAPI kat kaki je okay.
  5. Sekarang fi dah mula suka pakai shawl. Any kind of it. Sebab lagi selesa. Tambah-tambah pula bila dah keluar crumpled shawl sekarang ini kan. Lagi masyukkkk!
  6. Masih lagi bekerja separuh masa. I mean bukan permanent joblah. Dekat Dairy Master & Food Sdn Bhd Larkin Perdana. As a cashier yang selalu jadi camwhore. 
  7. Seriously, I'm not a morning person. I mean bila pagi hari, I susah nak berbual, nak bergosip, nak senyum dan sebagainya. But definitely after 10.00am, I akan okay balik. Dah jadi cute girl balik boleh buat lawak dan sebagainya. I tak suka orang tanya banyak sangat soalan dalam masa 3 jam selepas I bangun tidur. I rimas.
  8.  Fi paling benci orang yang berlagak sangat. Fi menyampah dengan orang yang bajet cun padahal tak pun. Hahha jahat!
  9. Fi suka window shopping. Anywhere. Anytime. Even dekat Bazar JB pun fi boleh window shopping tau.
  10. Saya tak reti nak jadi jahat. Kalau setakat laser orang itu saya memang arif sangat-sangat tapi kalau nak nganjing orang, nak pukul orang itu memang bukan saya. Wahh!
  11. Fi dah bosan dengan facebook sebab macam dah tak menarik. 
  12. I loveeeeee blogging!!!
  13. Tak suka makan nasi goreng. Tapi kalau ada telur goreng, laju gak nasi goreng itu habis.
  14. Saya tak manja tapi orang cakap saya manja kerana saya nampak manja dan ditambah dengan suara saya yang lebih kurang macam budak dajahnam yang manja tetapi saya tak suka orang cakap saya manja sebab sememangnya saya tak manja.
  15. Camwhore yang sopan sebab saya tak reti nak buat muka kurang sopan dikhalayak ramai sebab saya seorang yang pemalu.Hahha!!
  16. Saya jarang berblogwalking sebab saya malas. Tapi kalau orang singgah belog saya, of course saya akan balas.
  17. Fi sayang laptop fi sebab laptop ini ayah fi belikan dulu. mana-mana pergi mesti bawa. Harus okay. Segala gambar ke hapa ke semua ada dalam laptop.
  18. Suka tidur dalam gelap. Emm I mean memang betul-betul gelap gelita sebab fi susah nak tidur and asyik terjaga malam sebab ada lampu. So fi memang tak suka ada cahaya kalau nak tidur. Kadang-kadang cahaya lampu dari luar yang masuk melalui lubang bawah pintu pun fi tak suka. Fi tutup dengan kain nanti. 
  19. Fi tak suka bila mengantuk sebab fi akan naik darah dengan cepat. Huhhu..
  20. Ibu cakap fi suka simpan penyakit sebab fi takut makan ubat pil. Kalau boleh fi tak nak makan ubat pil. Tapi doktor suka bagi ubat pil yang besar gedabak. Kadang-kadang sampai kena paksa telan baru fi telan...Huhhuuuuu


Teruja nak merasa homemade chocolate dari saya?

Create your own banner at mybannermaker.com!

No comments: