02 October 2010

P1 W1MAX




Salam semua..Ini entry first fi untuk korang hari ini kan..okay dari semalam ramai tanya mana fi menghilang..kat facebook tak boleh nak chat..kat ym lagilah haram jadah memang tak jumpa pun butang bulat kuning2 bentuk muka orang ngah senyum tu..dekat belog ni pun fi just update entry baru jerk..tak pernah belogwalking korang..tak pernah balas kunjungan korang kan..


Tup tup ada pulak dalam chatbox korang muncul nama Cik Effie..alahai..tetiba boleh belogwalking lak Cik Effie nie kan..nyebok betul..hahha


Lau korang nak tahu, fi dah beli P1 W1max semalam..teruja gila tengok benda chumell tu yang macam bekas tembakau arwah atok fi punya zaman dolu2 time dia isap rokok daun..Ehehehe tetiba teringat yang fi selalu tolong atok bak gulung tembakau dengan rokok daun..pastu bila daun tu koyak, fi cepat2 sorok bawah kaki..bila bangun jerk kantoi ngan atok yang daun dia dah banyak koyak2..Hahha sorry atok..


Okay back to the title..Dengan harga pendaftaran RM100 sahaja dan dengan membawa salinan kad pengenalan dan surat beranak atau lesen anda, anda akan dapat online menggunakan W1max 1 jam selepas pendaftaran..


Mula2 tu alamak kenapalah selow bebenor...Muka dah penuh mengharap dah nie nak balas dendam main Farmville, Petville, Belogwalking, Cafe World dan macam2 lagi game yang bila nak start main semalam terasa diri macam budak tadika yang tak tahu apa2 tiba2 main tekan2 jerk..dalam ayat pendeknya, terasa diri cam orang bodoh tak pandai main Farmville....!!Cetttt.....


Okay bulan2 kena bayar RM89 jerk k and depends jugak pada berapa banyak kita pakai...Hurmmm kang jangan lupa diri dapat duit gaji terus beli handbag, make up, baju dan segala bagai perabah lain yang hanya membazirkan duit sendiri terus gigil2 nak bayar bil internet..Ouh tidak..we'll see next 2 weeks okay...Hahha..


Korang bila dah register, kena bayar RM100 untuk yang nak ambil pakej 89 dan 139 maksudnya bulan2 korang kena bayar RM89 atau RM139 jerklah..Tapi if nak yang pakej 59 pun ada tapi masa register korang kena tambah another RM60 for installation..so fi pilih 89 jerk sebab lebih RM30 dari pakej 59 tapi 59 hanya 8GB berbanding 89 adalah 15GB..you do the math okay...


Okaylah..setakat nie tak ada masalah dengan objek ni kecuali bila nak online kena pergi bilik Najwa sebab kat bilik dia dapat full bar babe..!!

4 comments:

roserose*MrsYusof* said...

kak long komen dulu...

Cik Effie said...

hehe kak long..jap gi fi terjah belog kak long k

Chaon Cornerz said...

patut la.. ingatkan pakai bb lagi.. laju je reply.. hahha..

Cik Effie said...

on..aku tak pakai BB..before this aku online guna hp jerk..amik opera..cume leceh sikit r nak belogwalking..