Lagi berita gempar..Hmm dunia oh dunia..Kali ini memang terlampau...Memang kontroversi kerana ia melibatkan orang yang disayangi oleh penyokongnya..
Seriously Fi sangat-sangat menyampah dengan kes ini..Actually, budak lelaki yang bernama MOHD SAFUAN HILMI ini nak bunuh Nik Aziz itu satu hal lah..Ini kes nak create satu Group dekat Facebook semata-mata nak maki hamun budak ini..Ouh What the Fish kan..Ajak orang ramai2 maki hamun budak ini..Fi tahu Nik Aziz/Tok Guru memang kesayangan ramai..Memang ramai yang doakan dia..Tapi....
Actually apa yang korang dapat kalau korang maki hamun dia guna kata-kata kesat dan sebagainya..?Apa yang korang dapat..?Memanglah kebanyakannya melibatkan PARTI tapi masalahnya kalau korang ini orang PAS dan pengikut TOK GURU yang sejati, korang sendiri tahu bukan yang TOK GURU ini memang kaya dengan sifat ISLAMIK dia..Banyak benda tentang ISLAM yang korang boleh belajar dari dia..Some of the them tahu bahawa senjata orang ISLAM ialah DOA tapi kenapa korang still nak bagi kata-kata nista, caci maki, maki hamun apa kejadah semua itu?
Nak tanya ini...BUDAK ITU BACA KE CACI MAKI KORANG??Cubalah pergi page group mereka di Facebook..Memang hampir kesemuanya berunsurkan maki hamun..Kata-kata yang tidak elok yang membuatkan orang yang bukan Islam akan pandang serong dekat kita yang Islam ini digunakan..
Seperti B**I, H***M J***H, S***N dan sebagainya telah mereka gunakan..Apa yang korang dapat?Tak tahu ke kalau kita mencarut, kita menggunakan kata-kata kejian itu salah!!
Apa korang tak ingat ke sewaktu belajar Pendidikan Agama Islam?Kan Ustazah/Ustaz dah cakap, mencarut itu tidak baik..Tak ingat ke???
Fi tulis entry ini bukan hendak menyokong perbuatan mereka..Sebab Fi tahu itu salah, dan memang tidak patut mereka melakukannya...
Hmm tak habis dengan kes itu..Rafiqin Darwisy pun juga buat hal...Bagi Fi, kita bukan Allah yang layak untuk menghukum orang..Ingatlah..Diri kita sendiri banyak dosa yang masih belum terhapus..Tak payahlah nak tambah dosa lagi kan..Tak payahlah nak ajak orang ramai untuk membuat dosa..Itu semua antara dia dengan Allah..Biarlah hanya Allah yang membalas segala-galanya..
Kita sendiri sembahyang pun masih ada yang tertinggal..Kita memang tak layak nak hukum orang..Kita tak layak nak cakap Mohd Safuan Hilmi dan Rafiqin Darwisy ini Syaitan/Murtad or sebagainya...Kita tak layak..Kita semua hanya manusia biasa yang sama dengan mereka..
Kalau ini kesilapan mereka, tegurlah cara baik..Dan berdoalah agar mereka insaf..Doa itu bukankah SENJATA UMAT ISLAM..Fi tak layak nak tegur orang2 yang guna kata-kata nista itu sebab Fi serba kekurangan..Entry ini hanyalah PENDAPAT PERIBADI..
It's up to you whether korang sendiri nak berubah sebelum ubah mereka2 ini or whatever..Its really up to you..Bagi Fi, Fi memang tak nak terlibat dengan mereka..Tapi kalau kebetulan mereka ini kawan Fi, InsyaAllah Fi akan tegur cara baik..
Hidup hanyalah sementara..Kita tak layak nak hukum orang...Itu tugas Yang Maha Esa...Bukan kita..DIA yang layak..Bukan kita yang dicipta olehNYA yang layak untuk berkata sedemikian rupa..
6 comments:
apa kes la yang budak tu buat promosi murahan macam tu?, ni nak cari publisit nak popular di internet la. Trend kutuk2 pemimpin dan artis ni dah lama orang luar gunakan, jgn kita di malaysia ini turut terjebak. Yang buat groups fesbuk tu pun satu, jgn di layan budak ni. Makin di layan, makin dia akan menggila.
btol2...haha..
diorang ni bergaduh nak rebut kuasa tak elokla..dapat kuasa tapi tak bantu rakyat tak bagus juga.macam lupa apa tanggungjawab sendiri.bekerjasama je la.
kelakar je diorang nak buat group2 macam tu.sah2 orang tu tak heran.tak bagi kesan pon kan.
aku vision: memang pun..jangan dilayan jerk budak tak betul camni..makin kita sakit hati tu adalah kan
smarties: hehe penyokong yang setia..
kech: memang pun sebenarnya semata2 kerana parti masing2..hmm apa nak jadi dengan dunia sekarang..semuanya berpecah belah
Post a Comment