07 May 2010

Benjy Ditahan Selama 2 Tahun









KUALA LUMPUR: Permohonan habeas corpus pelakon Khaireyll Benjamin Ibrahim atau Benjy bagi mencabar penahanan semulanya mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 pada 25 Mac lalu ditolak Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak dalam keputusannya berkata, penahanan semula pelakon itu mengikut undang-undang dan mematuhi prosedur Seksyen 3 akta berkenaan selain tidak bersifat mala fide. Selain itu, Mohd Sofian bersetuju dengan hujahan pihak responden bahawa permohonan Benjy yang menamakan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden kedua dan ketiga adalah tidak matang. Terdahulu, Peguam Kanan Persekutuan, Najib Zakaria memaklumkan kepada mahkamah bahawa Benjy sudah dihantar ke Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor pagi semalam mengikut Seksyen 6(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 atas arahan dan ditandatangani Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop. Beliau berkata, Abu Seman menandatangani perintah itu tengah hari kelmarin dan dia hanya dimaklumkan mengenai perkara itu pagi semalam.


Menurutnya, mengikut Seksyen 6 (1) itu, menteri mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah tahanan atau sekatan tidak melebihi dua tahun jika dia berpuas hati bahawa orang itu terbabit dengan pengedaran dadah. Melalui perintah itu, Benjy yang sebelum ini ditahan di Balai Polis Bukit Jalil dekat sini dibawa ke pusat pemulihan akhlak berkenan dan ditahan sehingga dua tahun. Bagaimanapun, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Benjy yang kelihatan tidak berpuas hati dengan perkara itu memohon mahkamah mengarahkan responden memfailkan afidavit bagi menjelaskan sebab Benjy ditahan selama dua tahun bagi membolehkan kedua-dua pihak mengemukakan perkembangan terbaru sebelum mahkamah membuat keputusan berkaitan permohonan habeas corpus itu.


Amer Hamzah dalam nada tegas berkata, responden seharusnya menghormati badan kehakiman dan tidak boleh bertindak secara sendiri. “Menteri harus mempertimbangkan laporan polis dan pegawai penyiasat sebelum tandatangan perintah itu. Tindakan itu mendahului proses mahkamah yang sepatutnya beri keputusan terhadap permohonan habeas corpus difailkan Benjy, ” katanya. Ibu Bennjy, Azean Irdawaty ketika ditemui di luar mahkamah melahirkan kekesalan atas apa yang berlaku terhadap anak lelaki tunggalnya itu.-sumber dari Harian Metro-

8 comments:

NARDtheNERD said...

tu je ke hukuman dia?

e F F i e said...

lau diikutkan dekat Metro, itu jerklah hukuman dia

shafiq said...

memang dia bersalah kot..


My latest entry : Tergantung Di Roller Coaster Selama 20 Minit !

e F F i e said...

ShafiQ: memang dia bersalah pun..tapi nasib baik just 2 tahun jerk penjara..huhu

nuriz said...

pusat pemulihan akhlak pe dah tua bangka dah huhu

Darkbatman said...

2 jer hukuman dia?isk3

e F F i e said...

nuriz: xkisah tua or muda kena gi gak pusat tuh..huhu

e F F i e said...

aie: haha nk wat cemana..dah Hakim ckp gitu...