Ini adalah 10 perkara yang fi buat dan tidak buat sewaktu exam..jom click read more...
10 perkara yang Fi akan buat
- Mendapat tidur yang cukup sekurang-kurangnya 6 jam sebelum mengambil peperiksaan..Ia penting untuk menjana minda dan boleh merehatkan minda yang akan digunakan pada keesokan hari..Kalau otak penat, dia akan berhenti berfungsi buat seketika..Itu sebab kita akan blur time nak jawab exam padahal soalan yang diberi itu sebenarnya kita tahu jawapannya..Be careful bout that okay..!
- Hari terakhir sebelum exam Fi akan baca sekali lalu nota-nota yang telah dibuat sepanjang persiapan nak exam, dan semak semula jawapan-jawapan untuk soalan yang telah Fi buat sepanjang minggu study..
- Makan makanan yang berkhasiat dan lebihkan makan ikan kerana ikan mempunyai kandungan OMEGA 3 yang boleh membantu menguatkan memori kita..
- Banyakkanlah makan kismis...Sebelum makan kismis, mulakanlah dengan Selawat kepada Nabi junjungan kita sebanyak 3 kali..
- Malam sebelum exam, semak kembali stationarries samada cukup atau tidak..Semak kalkulator anda kerana pernah terjadi, kawan Fi kalkulator dia rosak time exam..Nasib baik ketua pengawas peperiksaan ada extra calculator..
- Semak slip exam bagi yang kena bawa slip exam ke dewan peperiksaan, semak kad matrik dan IC untuk dibawa bersama..Letakkan didalam satu tempat agar esok kita tidak kelam kabut dan tertinggal barang dibilik
- Pagi sebelum exam Fi mewajibkan diri untuk bersarapan pagi..Kerana bila perut lapar, otak meragam tak nak keluar formula yang dah dihafal..Sudahnya kita yang menyesal sendiri..Walaupun cuma makan 2 keping roti disapu butter atau roti bersama telur goreng, ia sudah memadai untuk mengalas perut anda yang kosong kerana berlakunya proses penghadaman makanan diwaktu tidur..
- Buanglah segala apa yang patut before exam so nanti time exam tak adalah muka kita saja yang bangun sign borang nak keluar pergi tandas kan..
- Berselawat dan berdoa sepanjang perjalanan ke tempat peperiksaan...Bagi yang beragama ISLAM, Ustazah Fi dulu galakkan untuk mengambil wudhu' sebelum exam...Jangan semata-mata ambil wudhu' tapi tak solat subuh..!And kalau boleh dia cakap, nak study pun digalakkan untuk berwudhu' supaya lebih berkat..Amalan ini tidak wajib tapi digalakkan..
- Membaca doa penerang hati sebelum membuka kertas soalan dan jawab dengan hati-hati dan tekun...
- Keluar masuk toilet sewaktu exam..Setakat belajar sampai skang memang tak pernah pergi toilet waktu exam..Tak suka..
- Elakkan diri membuat bising seperti mengetuk2 pen diatas meja *so annoying okay* dan juga mengalih2 kerusi anda..Korang selesa tapi orang lain tak selesa..Apa kes?
- Menghabiskan masa untuk satu soalan itu terlalu lama..Buang masa okay..Better korang buat dulu soalan yang korang tahu..Yang tidak tahu itu sila skip dahulu dan tinggalkan ruang secukupnya..lebih pun tak apa sebab kertas free..
- Tiada alatulis extra..Whoa ini memang tidak patut...Tak kan korang pergi exam bawa pen sebatang, pembaris pun pakai kad matrik, pemadam satu and pensel kan..At least sila bawa pen lebih in case kalau terjadi apa-apa masalah..
- Fi tak suka discuss tentang pelajaran didepan pintu masuk dewan exam..Sebab nanti akan jadi lagi gugup and kalau terkeluar soalan yang ditanya oleh rakan itu dalam exam, sure Fi akan jadi confuse..Nak guna cara dia or cara Fi..
- Jangan makan Mee Segera terlampau kerap sebelum exam..Tak baik untuk minda anda..
- Meniru..Hello..!orang itu penat-penat study separuh mati kau senang-senang jer nak tanya jawapan kan..!kang kalauu kantoi, orang yang kita tanya itu tak pasal-pasal akan terlibat juga..Tak kesian kawan ke?And Fi sampai sekarang memang tak pandai nak meniru..Serius okey..Memang tak pandai..Huhu
- Membawa notes atau menulis notes di tangan atau tempat-tempat lain..Apalah korang ni..Tak rasa diri itu telah menipu semua orang?Biarlah kita tak dapat A asalkan apa yang kita dapat itu berkat dan tidak menipu orang lain..Tak baik tau..Korang suka ke kena tipu?
- Melihat orang lain..Ouh Fi tak ada masa nak buat semua itu okey..Kadang-kadang jawab soalan gila tekun and angkat muka time nak pandang jam kat depan sedar-sedar dah dekat sejam lebih..Haha..Jangan buang masa nak mengorat orang sebelah ke apa..Tak payah nak main-main mata dengan orang sebelah..
- Check semua details yang dia minta, check semua jawapan berulang kali, check samada ada kesilapan dalam kira-kira or apa..Semua itu wajib disemak..!Nanti karang ada kes yang tak perasan ada lagi satu soalan tak berjawab..Hoh pernah terjadi okay..But not me of course..Hehe
No comments:
Post a Comment