Okeyh haha..Seks?Apa itu?Hmm seks before kahwin?Erkk diharamkan okey!Korang tak ada agama ke apa?Ini fi nak share sikit tentang kebaikan hubungan seks...Yang masih belum kahwin tapi gedik nak buat juga benda-benda terlarang ini, sila bertaubat yerk..!!!Okey lets check it out...
Meh nak intro pasal hubungan seks..Kebaikan hubungan seks tidak berakhir di kamar tidur sahaja, malahan mempunyai manfaat kesihatan lain yang menakjubkan. Di antara kebaikan seks yang disokong oleh kajian saintifik termasuklah:
Seks membantu mengurangkan tekanan
Kebaikan seks yang utama ialah ia mengurangkan tekanan darah dan ‘stress’ secara keseluruhannya. Mengikut kajian yang diterbitkan oleh Biological Psychology, terdapat kaitan yang kuat diantara hubungan seks dan penurunan tekanan darah. Whoa..So sesiapa yang asyik nak tension nak marah-marah orang itu silalah berkahwin dengan cepat yerk!
Seks membantu untuk meninggikan Immuniti badan
Aktiviti seksual yang bagus bermakna anda mempunyai kesihatan fizikal yang baik. Membuat hubungan seks 2-3 kali seminggu dikaitkan dengan tahap antibodi A yang tinggi yang melindungi kita dari demam dan jangkitan kuman yang lain.
Seks boleh membakar lemak
Seks selama 30 min membakar 85 kalori atau lebih dan merupakan kaedah senaman yang baik kerana ia melibatkan aktiviti fizikal dan mental yang menyeluruh, kata Patti Britton, PhD, Pakar seksologist dari US. Haha gila kentang punya info kan..Boleh kuruskan badanlah macam ini..
Seks menguatkan kesihatan jantung
Ia bukan sahaja menguatkan jantung malahan mengurangkan serangan jantung berbanding dengan mereka yang lebih kurang aktiviti seksnya.
Seks meninggikan Self-Esteem
Seks meninggikan ‘Self esteem”. Kajian yang diterbitkan dalam Archives of Seksual Behavior menunjukkan, seks membuatkan kita merasa lebih bangga terhadap diri sendiri. Serius memang fi cam kelakar bila baca pasal ini...Tapi yang buat seks before kahwin itu, perlu ke dia rasa bangga????
Seks membuatkan kita lebih menyayangi
Pelukan mesra semasa hubungan seks merembeskan hormon oxytocin yang dipanggil “love” hormon yang mempengaruhi rasa sayang dan mengasihi. I'm kinda agree with this..Siapa nak buat seks dengan orang yang kita tak sayang kan?Unless kalau korang memang betul2 tak berapa nak baik, dengan semua orang korang nak..Huh!
Seks mengurangkan sakit
Semasa hormon oxytocin meninggi, tahap endorphins meningkat dengan tinggi menyebabkan rasa sakit berkurangan. Jadi sekiranya sakit kepala, sendi dan simtoms PMS semakin berkurangan. Anda boleh berterima kasih kepada hormon oxytocin dan hubungan seks anda.
Seks mengurangkan risiko kanser Prostat
Didapati ejakulasi yang kerap pada usia 20’an mungkin boleh mengurangkan risiko kanser prostate semasa lebih berusia, demikian menurut kajian yang diterbitkan oleh British Journal of Urology International.
Seks menguatkan otot pelvis
Senaman kegel semasa seks menguatkan otot pelvis seterusnya mengurangkan risiko rahim jatuh dan masalah terkencing apabila usia menopos nanti.
Seks membuat anda tidur lebih lena
Oxytocin yang dirembeskan memberikan rasa mengantuk dan mendorong tidur yang lebih nyenyak menurut kajian. -sumber dari pakcik google-
Pesanan Penaja: Cepat!!Pergi daftar kahwin sekarang!!!
2 comments:
hmmmm...
Heyya anonymous: Thanx there for such a lovely appreciation messages. Will keep it up till the highest i can do.
Post a Comment