Apa yang kita tahu tentang ibu/emak/mama/mummy/bonda/apa2 yang korang panggil tentang orang yang melahirkan korang?
Orang kata aku lahir dari perut ibu..
(bukan org kata..memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa disampingku.. .. ibu
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.. ibu
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang .. ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya..ibu
Bila nakal, yang memarahi aku..ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma.. ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.. ibu
Bila takut, yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.. ibu
Aku selalu teringatkan .. ibu
Bila sedih, aku mesti talipon.. ibu
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.. ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada.. ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuu...!!"
Bila sakit, orang paling risau adalah.. ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.. ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. ibu
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.. ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.. ibu
Yang selalu berleter kat aku.. ibu
Yang selalu puji aku.. ibu
Yang selalu nasihat aku.. ibu
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.. ibu
Bila aku ada pasangan hidup sendiri..
Bila seronok, aku cari..pasanganku
Bila sedih, aku cari.. ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada..pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.. ibu
Bila bahagia, aku peluk erat..pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.. ibuku
Bila nak bercuti, aku bawa..pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.. ibu
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu..aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat ibu
Bila-bila.. aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon ibu
Selalu..aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.. aku nak belikan hadiah untuk ibu
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja.. bolehkah kau kirim wang untuk ibu?
ibu bukan nak banyak.. lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya..
Tapi kalau ibu sudah tiada..
IBUUUUU..RINDU IBU.. RINDU SANGATTTTTTTTTTTTTTTT..(T_T)
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya..
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya..
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya..
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya..
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya..
Pesanan Penaja: Jangan asyik leka nak call GF/BF korang..Gunakanlah duit yang ibu dan ayah korang bagi untuk berhubung dengan mereka..
2 comments:
2la..kene menghargai time dia ade kat dunia ne..biler dh takde baru kita rase betapa berharganya ibu disisi kita.. :)
Anonymous: hai there..hmm memang pun kita kena hargai mereka..sebab itu if mereka tak setuju dengan pilihan kita ke apa kita tak boleh salahkan mereka kerana merekalah, kita ada disini..
Post a Comment