Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

27 April 2010

10 Tips For A Healthy Heart



HERE ARE TEN EASY STEPS TO BETTER HEART HEALTH:
1. Stop smoking.
2. Touch and be touched.
3. Eat seaweeds.
4. Eat foods rich in beta-carotenes.
5. Eat garlic.
6. Eat foods rich in essential fatty acids.
7. Drink lemon balm tea.
8. Move!! Go for a walk, jump rope , swim, or do leg lifts and arm raises from your bed or wheelchair.
9. Avoid restrictive diets.
10. Eat as much as you want of : whole grains, vegetables, beans greens ,fruits, fish, seeds, and yogurt.

16 April 2010

Tips untuk hilangkan bintik hitam

Salam..Sape dekat sini ada masalah blackhead or bintik hitam yang sangat menggerunkan lagi mentakutkan itu sila angkat jari anda sekarang..!!


Okay memang ramai yang ada blackhead..Tapi still tak tahu macamana nak remove blackheads kan?Okay dekat sini Effie nak bagi tips sikit..Hmm benda ini Effie tahu dah 2 bulan lalu tapi baru sekarang Effie share ngan korang sebab bukan kedekut okeyh..!Tapi sebab nak try sendiri berkesan ke tak resepi itu..

28 March 2010

kenapa kita memerlukan tidur yang cukup?


Waktu tidur adalah sangat penting bagi setiap manusia..even haiwan pun perlukan tidur..Bila kita tidur, tubuh kita akan berehat dari kepenatan berjaga sepanjang hari..Tidur yang cukup mampu membina tubuh yang sihat...Minda kita juga akan jadi cerdas bila kita dapat tidur yang cukup..


Korang tahukan pasal eyebag atau lebam bawah mata?Bila kita dapat tidur yang cukup, lebam bawah mata kita akan kurang kerana kita telah dapat rehat yang cukup..Janganlah korang berjaga sepanjang malam untuk main internet or whatsoever..Benda2 yang tidak penting biarlah dilakukan bila waktu lapang sahaja..


Ramai yang tidak tahu bila kita berjaga malam, tubuh badan tidak dapat rehat yang cukup dan boleh menimbulkan berbagai penyakit..Badan yang letih buat kita sukar untuk membuat keputusan dengan baik..bila nak jawab exam juga kalau tidak cukup rehat, otak kita akan jadi tepu seketika dan membuatkan kita tidak boleh nak berfikir jawapan yang betul bagi soalan tersebut..


Kita ada beberapa tips bagi mereka yang sukar tidur malam..

  • Tutup lampu bilik anda..Bilik yang terang membuatkan kita sukar untuk tidur lena..
  • Dengarlah muzik2 yang mendamaikan anda..muzik ini akan membuatkan anda mudah rasa mengantuk..Contoh2 muzik yang mendamaikan adalah lagu berentak slow..Banyak kan lagu slow sekarang..
  • Tabur bedak diatas bantal anda...Bau wangi ini akan menenangkan jiwa anda..membuatkan deria bau anda terasa nyaman..ia juga untuk mengekalkan kewangian rambut anda..Jangan pulak korang tabur bedak straight terus atas kepala pulak..kang jadi macam nenek kebayan muka muda..
  • Semburkan wangian udara yang segar..
  • Kalau boleh, minumlah minuman bersusu..kerana minuman jenis ini akan lebih mudah membuat anda ngantuk seperti Milo, Susu Tepung dan sebagainya..
  • Baring dengan selesa..Jadikan tempat tidur anda adalah tempat yang paling selesa untuk tidur..Jangan tidur atas katil yang bersepah..Selesakan diri anda diatas katil before tidur..
  • Elakkan tidur pada waktu petang selepas pukul 3pm..Seeloknya anda tidur sebentar pada pukul 12.00pm..tidur selama 15 minit membolehkan anda menjana tenaga untuk membuat tugasan diwaktu petang..

Pesanan Penaja: Jangan terlebih tidur pula kerana ianya juga akan membuatkan anda kelihatan tidak bermaya..








18 March 2010

Facial treatment using Green Tea

Salam semua..Pagi tadi saya sempat buat home facial treatment..Dalam entry terdahulu saya ada beritahu tips untuk melakukan facial treatment dirumah bukan?Okay sekarang saya nak ajar bagaimana untuk membuat facial treatment menggunakan teh hijau beserta gambar-gambar untuk setiap step..

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat facial treatment dirumah adalah:

Besen/Mangkuk Besar


4 Uncang Teh Hijau


2 Sudu Besar gula Kastor


Johnson's Baby Oil
*boleh gunakan madu/yogurt/Lemon*


Beberapa helai kapas muka


Sehelai Tuala bersih


Makeup Removal
*disebabkan waktu ini saya baru balik dari keluar bandar maka makeup masih belum dicuci..hehe*


Clean & Clear oil free mosturizer
*ikut pilihan sendiri okay*


Langkah pertama = Cleanse

  • Buang semua alat solek yang ada di wajah anda menggunakan makeup removal atau guna baby oil pun boleh
  • Cuci muka dengan pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah anda
  • Bilas muka dengan cara mengelapnya menggunakan kapas yang dicelup dengan air suam *jangan sesekali guna air yang panas sebab nanti kulit akan cepat tua..guna air suam je okay*
Langkah kedua = Steam

  • Masukkan air panas yang baru mendidih ke dalam besen/mangkuk besar..Tuang hingga separuh penuh
  • Masukkan 1 uncang teh hijau kedalam air tadi..tunggu hingga teh itu kembang
  • Sapukan mosturizer pada wajah untuk bahagian kulit muka yang kering

  • Bila agak-agak teh sudah kembang,dan air itu sudah sejuk sedikit *jangan tunggu sampai betul2 sejuk* dekatkan wajah anda ke atas permukaan besen/mangkuk itu..
  • Tutup kepala anda dengan tuala tebal *macam berselubung* bagi mengelakkan air itu cepat sejuk
  • Stimkan wajah anda selama lebih kurang 5-20 minit..Jika terlampau panas, jauhkan sedikit muka anda dari besen/mangkuk itu *digalakkan guna facial steamer sebab ia boleh mengawal suhu kepanasan*
  • Sesudah itu, angkat kepala anda dan biarkan ia sejuk sedikit selama 2 minit kemudian lap muka anda dengan tuala bersih atau kapas muka
Langkah ketiga = Scrub/Exfoliate

  • Cara untuk membuat skrub adalah seperti dibawah

Rendam 1 uncang teh hijau dalam air yang baru mendidih..Gunakan air hanya pada paras air dalam gambar diatas..


Masukkan 1 sudu gula kastor ke dalam mangkuk bersih *gula kastor lebih halus daripada gula biasa*


Masukkan 1 sudu air teh hijau yang telah direndam tadi dan kacau bersama gula *tunggu air teh itu sejuk baru dicampurkan dengan gula sebab nanti gula akan larut dalam air jika air itu panas*


Masukkan lagi 1 sudu gula kastor dan kacau lagi


Masukkan 1 sudu baby oil/madu/lemon ke dalam campuran bahan tadi dan kacau lagi


Inilah hasil skrub wajah anda..sediakan bersama beberapa helai kapas muka

  • Rendam 2 helai kapas muka ke dalam bahan skrub anda dan sapu di seluruh muka..
  • Hanya gunakan jari tengah,jari manis dan jari kelingking, gosokkan bahan tadi keseluruh muka anda..Jangan terlampau kasar..slow2 saja
  • Sapu lagi sedikit bahan tadi jika bahan yang ada dimuka telah kering
  • Gosokkan selama 2-3 minit kemudian bilas dengan air suam
  • Selepas membersihkan muka anda, percikkan sedikit air sejuk ke wajah anda untuk menutup pori-pori yang terbuka tadi
  • Lebihan air rendaman tadi, gunakan ia sebagai toner..hanya titiskan sedikit pada kapas muka dan sapukan keseluruh muka anda..Jangan bimbang tentang semut sebab ia dijamin tidak melekit..
Langkah keempat = Relakskan mata anda

  • Caranya mudah sahaja..hanya rendamkan 2 uncang teh hijau kedalam air panas
  • Biar selama 2 minit kemudian angkat uncang tersebut dan letakkan didalam bekas berasingan..
  • Perahkan lebih air yang terdapat pada uncang tersebut didalam mangkuk yang berasingan dan tampalkan di bawah mata anda
  • Biarkan selama lebih kurang 30 minit..
  • Sambil berehat, dengarlah lagu kesukaan anda
Langkah kelima = Minum air
  • Minum air masak secukupnya kerana apabila proses stim wajah tadi, banyak kandungan air telah keluar dari muka anda
  • Anda boleh juga mencuba minum air teh hijau..Caranya mudah sahaja..Air rendaman teh hijau untuk kegunaan mata tadi masih belum tercemar bukan?Jadi jangan lakukan sebarang pembaziran..Minumlah air tersebut kerana ia mempunyai khasiat yang tinggi untuk tubuh badan kita dan kecantikan kulit kita..Jika terlalu pahit, tambahkan 1 sudu teh gula..
Hanya 5 langkah dalam masa 1 jam atau lebih, anda dapat mencantikkan wajah anda dan dapat merehatkan minda anda seketika sambil membelai wajah..Cubalah sendiri okay..

TIPS DARI SAYA: Rendam 1 uncang teh hijau ke dalam air panas..setelah direndam, air tersebut dimasukkan ke dalam botol spray muka yang bersih untuk dijadikan pelindung sinaran UV..hanya spray sedikit air tersebut pada wajah anda sebelum memakai sunblock setiap pagi..Ianya awet muda..;)




10 March 2010

jangan merendahkan teh hijau


orang selalu tolak tepi hidangan teh hijau..walaupun air teh itu telah dipelbagaikan perisa dia tapi bila sebut saja pasal teh hijau, normally expression yang kita akan dapat adalah seperti ini..


Kalau anda nak tahu, teh hijau atau dalam bahasa inggerisnya adalah green tea ini mempunyai banyak khasiat bukan sahaja untuk kesihatan tubuh badan tetapi juga untuk kecantikan wajah (cepat2 take notes)

Menurut kajian yang dijalankan oleh para saintis, masyarakat Cina telah menemui khasiat daun teh hijau dan telah menggunakannya semenjak di zaman purba lagi..Ia dijadikan sebagai ubat untuk menyembuhkan segala jenis penyakit daripada pening kepala biasa sehinggalah kepada penyakit tekanan..

Di dalam buku GREEN TEA: THE NATURAL SECRET FOR A HEALTHIER LIFE yang ditulis oleh Nadine Taylor, ia ada menyatakan bahawa daun teh ini telah digunakan selama lebih kurang 4000 tahun dahulu (betapa ketinggalannya aku)

Secara rambang, daun teh ini dapat menyembuhkan penyakit- penyakit seperti penyakit jantung, menurunkan paras kolesterol dalam tubuh dan atritis

Teh hijau kaya dengan Catechin Polyphenol terutama Epigallocatechin Gallate (EGGG).. Ia merupakan antioksidan yang kuat..Dapat menghalang pertumbuhan sel kanser..



Teh hijau mampu menghalang kesakitan pada gigi..Ia dapat membunuh bakteria yang tumbuh pada plak gigi anda dan dapat menghalang terjadinya keracunan makanan..

Bagi wanita, teh hijau dapat menghalang berlakunya kanser payudara..Teh hijau juga berkhasiat untuk membantu membakar lemak (sesapa yang "on diet" silalah minum teh hijau),menurunkan tekanan darah, dan melindungi diri dari diabetes dan hepatitis. Teh hijau juga berfungsi untuk mencegah bau nafas yang tidak enak serta meningkatkan kekebalan diri...


Bagi mereka yang masih baru dalam dunia teh hijau, cara hidangan yang dicadangkan adalah seperti ini..Ambil seuncang teh hijau yang boleh didapati di kedai2 biasa..saya gunakan Teh Hijau BOH..okay masukkan air panas kedalam cawan anda..pastikan air itu tidak terlampau panas..rendamkan uncang teh hijau itu kedalam air panas tersebut..Biar selama 1 hingga 5 minit..Tidak digalakkan sama sekali untuk menambah susu..ini kerana susu boleh menjejaskan khasiat teh hijau itu dengan meneutralkan kandungan Polyphenol atau lebih dikenali sebagai antioksidan..antioksidan mampu untuk melambatkan proses penuaan..jika air terlampau pahit, tambahkan SEDIKIT gula..



Peringatan kepada anda..walaupun teh hijau mempunyai pelbagai khasiat namun jangan pula lupa bahawa ia tetap mengandungi kafein..Jika terlebih ambil, ia akan menyebabkan gangguan tidur (insomnia),dan ketidakaturan degup jantung..tetapi kandungan kafein didalamnya adalah lebih rendah berbanding dengan kopi dan minuman bergas..Ianya hanya kepada mereka yang mengambil air ini terlalu banyak dalam satu jangkamasa terdekat..

 Kitkat versi Green Tea

 Yeos pun dah ada minuman teh hijau

Tips dari saya..Jangan buang uncang teh hijau yang telah digunakan..Tampalkan pada kedua-dua belah mata anda..ianya membantu mengurangkan lingkaran hitam dibawah mata..


Jangan jadi seperti ini

tampalkan pada mata sambil dengar slow music dan tidur







glitter-graphics.com

01 March 2010

Kepentingan air suam

Ramai yang tahu sekarang nie tengah musim panas dan kering..jarang sangat hujan..akan tetapi harus diingatkan bahawa kurangkan minuman berais..minumlah air suam dengan banyak untuk mengawal dehidrasi tubuh badan..

Jangan malu untuk minum air putih di restoran atau gerai makan ini kerana, kajian telah menunjukkan jika kita kerap minum minuman berAIS selepas makan, ais akan membekukan makanan berminyak yang masuk ke dalam badan kita dan menyebabkan proses penghadaman makanan berjalan dengan perlahan.

Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.

Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.


22 February 2010

mari mengira kalori

Ramai yang nak diet but tak tahu cara pemakanan yang betul.. Kadang2 kita dengar aku on diet..xleh makan nasi sebulan. Tapi kau melantak makan lauk yang berkalori tinggi tu apa cerita? Believe it or not berat saya pernah mencecah 60kg masa tahun 2005..betul nie tak tipu(sambil kelip2 mata konon2 innocent)but now in 2010 my weight is 49kg..nope..i don't take any diet pills yang kadang2 besar die cam ape..tapi effect die haram tak ada..apa yang saya buat adalah mengira jumlah kalori dengan tepat..bukan tepat sangatlah tapi lebih kurang..orang cakap kalau nak makan tu kau agak2 r berapa banyak yang kau dah makan..jangan sampai orang cakap mak mertua lalu belakang pun kau tak perasan..okay mula2 saya search kat google..cari pasal jumlah kalori makanan di Malaysia..lepas itu saya cari pasal jumlah kalori yang diperlukan sehari..nak diingatkan..jumlah kalori adalah berlainan mengikut umur dan jantina..

Kalori yang diperlukan adalah:
1. Lelaki
     20-39 = 2530
     40-49 = 2400
     50-60 = 2280
2. Perempuan
     20-39 = 2000
     40-49 = 1900
     50-60 = 1800

Saya dulu suka sangat makan nasi (2 cawan)+ ayam goreng + buah2an and kurang makan sayur..sarapan saya lebih suka amik mee goreng and makan malam nasi putih and lauk..minum petang pula saya ambil 3 potong kuih..dan kadangkala saya akan minum air berkarbonat sebotol tin sehari..
so mengikut pengiraan kalori(lebih kurang sama), saya makan:
-nasi = 260 kalori x 4kali = 1040 kalori
-ayam = 255 kalori x 2kali = 510 kalori
-sepotong buah tembikai = 20 kalori x 3 = 60 kalori
-kuih-muih = 170 kalori x 3 kali = 510 kalori
-mee goreng = 660 kalori
-minuman berkarbonat = 120 kalori
 so jumlah sehari saya makan = 1040 + 510 + 60 +510 + 660 +120 = 2900 kalori..
bayangkan saya mengambil sebanyak 2900 kalori sehari..pada usia 20an saya hanya memerlukan sebanyak 2000 kalori sehari..

Diet yang salah selalu terjadi dikalangan rakan saya..mereka menolak pengambilan nasi putih secara tiba2..ini hanya akan membuatkan tubuh anda menjadi lemah dan menggalakkan anda untuk memakan makanan yang berkalori tinggi dengan banyak..nasi putih adalah makanan ruji buat rakyat Malaysia..penolakan terhadap makanan ini secara tiba2 hanya akan membuat anda lemah..what a waste..jadi nasihat saya kiralah pengambilan kalori anda setiap hari..hadkan pemakanan anda..jangan mulakan sesuatu diet dengan drastik..and boleh mencuba mengambil hanya separuh daripada jumlah pemakanan anda seharian sebagai permulaan..dan lagi satu, bersenamlah setiap hari..pelajari kaedah senaman yang betul dari mereka yang berpengalaman..untuk kurus memang memerlukan pengorbanan..sehingga sekarang pun saya masih lagi mengamalkan tips2 diatas..okay dekat bawah ini saya letakkan beberapa jumlah kalori bagi setiap makanan..hitungkan jumlah pemakanan yang anda biasa ambil kemudian rancanglah diet anda sendiri..jangan lupa,setiap diet mesti mengandungi kesemua zat yang diperlukan oleh tubuh badan anda seperti karbohidrat,vitamin C,protein dan sebagainya..


Kategori:Kuih Muih
1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

kategori minuman
1.minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
2.minuman kotak 250g = 105 kal
3.susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
4.susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
5.aiskrim 2 skop= 390 kal
6.susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
7.yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
8.mentega 2 sudu teh = 75 kal
9.keju chedar 1 keping =58 kal

Lain- lain
Murtabak/mutton - 1 piece - 722 kalori
Cheese Cake - 1 slice - 400 kalori
Roti Telur & Dhal - 1 piece & 1/2 cup - 414 kalori
Laksa Kari - 1 bowl - 589 kalori
Nasi Lemak - 1 complete - 644 kalori
Mee Goreng Mamak - 1 plate - 660 kalori
Lor Mee - 1 bowl - 383 kalori
Mee Rebus - 1 plate - 556 kalori
Mee/Bihun Goreng - 1 plate - 510 kalori
Kuey Goreng Kerang - 1 plate - 743 kalori
Mee Wantan - 1 plate - 409 kalori
Laksa Penang - 1 bowl - 436 kalori
Mee sup - 1 bowl - 381 kalori
Lor Mai Fun - 1 plate - 422 kalori
Nasi Briyani Kambing - 1 plate - 587 kalori
Nasi Minyak + Rendang Daging - 1 plate - 664 kalori
Nasi Campur + 3 dish - 1 plate - 620 kalori
Century Egg Porridge - 1 bowl - 423 kalori
Nasi Ayam - 1 plate - 600 kalori
Nasi Goreng Biasa - 1 plate - 637 kalori
Nasi Claypot - 1 bowl - 898 kalori mykedai.net
Sotong goreng tepung - 1 small plate - 630 kalori
Sup Krim - 1 rice bowl - 375 kalori
Cheese burger with extra beef - 1 whole - 438 kalori
Fried fish cake with bun - 1 whole - 433 kalori
sundae chocolate - 1 cup - 380 kalori
Apple Pie - 1 piece - 260 kalori
Cheese & meat sauce - 1 small plate - 444 kalori
Sandwich chicken salad - 1 whole - 481 kalori
Pasembur - 1 plate - 752 kalori
Rojak Buah - 1 plate - 443 kalori
Tteh tarik - 1 glass - 83 calori (if you take 4 cups a day, it will equal to 1 1/2 bowl ric 

21 February 2010

Tips #1: Tips Turunkan Berat Badan

Given here are some easy and fast weight loss ideas: 

 
  • Make water your favorite drink. A person must have a minimum of 8 glasses of water in a day. Avoid taking soft drinks or carbonated beverages; moreover replace them with water. Water helps in reducing weight in the most effective manner.
  • Don't stuff yourself with food in a single sitting; instead have 5 to 6 small meals or snacks in a day. Eating several small meals helps the body to release less insulin, which keeps blood sugar steady and helps to control hunger.
  • Make a habit of walking. Instead of driving car to the nearby market, prefer walking down. Walking is more important for people in sedentary jobs. Walk for at least 45 minutes every day; it helps in burning extra calories.
  • Keep small plates for serving food because a study shows that the less food put in front of us, the less food we'll eat. So downsize your food plates and coffee mugs, and say goodbye to those extra calories.
  • Eat more vegetables during meals as water-rich foods like zucchini, tomatoes, and cucumbers reduce your overall calorie consumption. Some other water-rich foods include soups and salads; they are good source of nutrition.
  • Use vegetables to make hefty meals. Like pasta salad loaded with vegetables like broccoli, carrots, and tomatoes can be eaten twice. Same applies for stir-fries; add vegetables to make a fluffier omelet.
  • Avoid taking white foods as they contain large amounts of carbohydrates, which may further lead to weight gain. Replace white sugar, white rice, and white flour with whole grain breads and brown rice. 

  • Switch to ordinary coffee because coffee drinks at shops has extra calories, owing to whole milk, whipped cream, sugar, and sugary syrups. A cup of regular coffee, having skim milk brewed with good beans, tastes great and moreover has fewer calories.
  • Use skimmed milk as it is high in calcium and low in calories. For coffee, use nonfat powdered milk.
  • Prefer eating cereal for breakfast five days a week. Following this, you will consume more fiber and calcium, and less fat than those who eat other breakfast foods.
  • Prefer having meals at home. We're more likely to eat more - in fact, more high-fat, and high-calorie foods- when we eat out than eating at home.
  • Try to eat slowly and put your fork or spoon down after every bite. Drink water often and talk about your day with your partner. If you eat slowly, you would feel contended with your meal.
  • Eat only when your stomach wants food. Usually out of boredom, nervousness, habit, or frustration; many of us unnecessarily have food. If you want to have something specific, it's probably a craving, not hunger.
  • Prefer flavorings like hot sauce, salsa, and Cajun seasonings rather than butter and creamy or sugary sauces. These flavorings not only provide flavor with no fat and few calories, but the spicy ones also turn up digestive fires, causing your body to burn more calories.
  • Eat fruit rather than drinking fruit juice. Eating whole foods will keep you satisfied for longer period of time than juice. Moreover, fruit juices are very high in calories.
  • Eat equal portions of vegetables and grains at dinner. A cup of cooked rice or pasta has about 200 calories, while a cup of cooked veggies has just 50 calories. This will help to avoid a grain calorie overload, and high-fiber veggies will help satisfying your hunger. 


  • After every two hours, get up and walk around the office or your home for five minutes. A brisk five-minute walk after every two hours will you're your body active.
  • Once a week, make a habit of washing something thoroughly - could be floor, windows, shower cabin, bathroom tiles, car, etc. It helps in burning out about four calories for every minute spent in cleaning.
  • Take a walk before dinner and it'll not only burn calories, but also cut down your appetite.
  • Prefer not eating with a large group as we tend to eat more when we eat with other people, probably because we spend more time at the table. When eating in groups take a note of time and leave the plate, as and when you have had enough.
  • Skip watching TV for an hour and go for a walk instead. Or else, you have now time to finish your domestic chores.
  • Take most of the calories before noon because studies tell that the more you eat in the morning, the less you'll eat in the evening. Moreover, you will get more chances to burn off those early-day calories than late-night calories.
  • Order alcohol by the glass, not the bottle. This way, you'll be more aware of how much alcohol you're intaking. Alcohol is high in calories, however moderate drinking can be good for your health.
  • Stock your refrigerator with low-fat yogurt. Cut down 500 calories a day from your diet and eat yogurt three times a day for 12 weeks. It will help you lose more weight and body fat.