*Credit to Google*
Tipulah nak cakap korang tak hingin nak dapat kulit yang sempurna tanpa sebutir jerawat, yang memang licin gila plus sangat lembut dan lembap. Tipu kan? Semua orang nak kulit yang tersangat-sangat cantik. Tak ada spots. Tak ada bekas jerawat. Tak ada scars. Tak ada bintik-bintik hitam dan sebagainya.
Okay dekat sini saya nak beritahu anda semua, kulit saya memang asli tak pakai botox or collagen ke hape kejadah lain semua tu. Tak terlampau teruk. Perkembangan jerawat pun tak berapa nak pesat kecuali pada waktu 'itu' tapi tak teruk okay. Kalau nak tumbuh jerawat pun dekat tempat2 yang agak tersorok. Contohnya dekat anak rambut, dekat dalam hidung, dekat bawah dagu. Itu memang kawasan majulah nak tumbuh jerawat.
Bintik hitam memang of course akan ada if dah berkurun tak buat scrubbing. Actually kaedah mengeluarkan bintik hitam sendiri dirumah tanpa pengawasan orang yang lebih pakar membuatkan kulit kita makin teruk. Berlubang sana sini tetapi bintik hitamnya tak keluar pun. Masih bersenang lenang duduk dekat dalam itu sambil gelakkan kita semua sebab tak mampu nak keluarkan dia. Ciskek sungguh!
Untuk mendapatkan kulit yang sempurna a.k.a flawless, terdapat beberapa tips yang ingin saya kongsikan dengan anda.
- Kenal pasti jenis kulit anda. Okay maksud kenal pasti ini adalah anda harus meneliti setiap inci kulit anda itu jatuh kepada jenis kulit yang mana. Berminyak? Kering? Normal? Sensitif? Kombinasi? Kulit berminyak memang mudah untuk dikenalpasti. Kulit kering kebiasaannya akan membuat wajah anda tegang dan mengelupas. Bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif, kebiasaannya kadar pertumbuhan jerawat akan berkembang pesat di sekeliling wajah anda.
- Beli produk yang sesuai dengan jenis kulit anda. Spend sikit duit korang itu untuk sesuatu yang biasanya berbaloi. Daripada membeli benda-benda tak berfaedah, lebih baik korang spend duit itu untuk diri sendiri. Kalau baru ingin mencuba, biasakan diri untuk membeli pek percubaan terlebih dahulu supaya korang tak terlampau menyesal kalau kulit korang semakin tak cantik.
- Biasakan diri untuk memakai krim penghalang UV atau dalam bahasa Jermannya, SPF 15+ Sunscreen Cream untuk kegunaan harian. Setiap kali nak keluar ke kawasan yang terdedah dengan matahari, korang digalakkan untuk memakai sunscreen untuk menghalang sinaran Ultra Ungu terlampau yang mampu mencederakan kulit cantik anda. Okay tips dekat sini, kalau korang jarang keluar bercanda di pasiran pantai, korang pakai sunscreen SPF15+, but kalau untuk atlet atlet yang terlibat dengan outdoor games, yang atlet tapi hanya bermain congkak didalam rumah sila jangan gedik nak pakai SPF50+ okay.
- Cuci muka dengan facial wash pada setiap hari. Kandungan pada face wash ini biasanya kurang dengan bahan kimia. So korang boleh gunakan hari-hari. Tetapi untuk sunblock, day cream, facial scrub itu, korang hanya menggunakan pada waktu-waktu yang ditetapkan sahaja.
- Patuhi jadual kecantikan anda. Maksudnya jika korang dah tetapkan untuk memakai masker 1 kali seminggu dan membuat pengelupasan sel kulit mati (exfoliate) 2 kali seminggu, sila akur dengan jadual itu. Jangan sesekali skip korang punya jadual sendiri.
- Bersihkan wajah dari sebarang kosmetik. Jangan tidur dengan makeup yang masih ada diwajah. Jangan buat perkara terkutuk itu walaupun korang terlampau sayangkan makeup korang pada hari itu sebab first time pakai makeup yang cantik!
- Jangan picit JERAWAT! Memicit jerawat bukan dengan cara yang betul akan membuatkan kulit wajah anda berlubang dengan teruk. Kotoran-kotoran yang masih terkandung didalam jerawat tersebut akan terkurung selama-lamanya dan permukaan jerawat itu akan berubah kepada warna hitam. Nak ke? Tak nak kotttt!!!
- Banyakkan minum air masak. Kurangkan gula. Kurangkan air bikarbonat. Baik untuk kesihatan dan wajah anda.
- Banyakkan bersenam yang mengeluarkan peluh. Ia terbukti untuk meningkatkan kadar metabolisma korang dan mengurangkan stres anda. Jangan kau bersenam teruk-teruk tapi tak ada effect sebab korang cuma memaksa tubuh korang untuk letih semata-mata. Kuantiti tidak menjamin kualiti!
- Makan makanan berkhasiat. Ia dapat menjana tubuh badan dan minda korang untuk kekal sihat dan cergas. Wajah yang cantik diperoleh dari dalaman yang sihat. Make Up tidak menjamin yang korang akan cantik okay!
Okay saya harap semua info yang saya perolehi dari Google ini dan diolah untuk kemudahan pembaca ini dapat membantu anda yang berada diluar sana. Kulit yang cantik datang dari dalaman yang sihat dan dibantu oleh kosmetik yang sempurna. *apa kau merepek ni Shaitonnnnn*
Pesan Cik Effie: Cik Effie kau ini hantu produk Johnson's and Clean & Clear plus Elianto. So kebanyakan koleksi peribadinya adalah dari golongan tersebutlah yee.!
1 comment:
gud tips =)
Post a Comment